Integriti akademik dan ‘Healthy Shopping’

Posted on Updated on

Pagi-pagi sebegini, nyaman rasanya mencicip secangkir kopi sambil ditemani berita-berita lokal dan dunia.  Antara yang menarik dalam akhbar BH hari ini ialah tulisan Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai dan Profesor Ulung Shamsul Amri Baharuddin.

  • Healthy Eating Through Healthy Shopping (Amalan Pemakanan Sihat Melalui Gaya Beli-belah Sihat)

Pening memikirkan apakah hidangan lazat dan berkhasiat yang ingin disediakan sepanjang minggu? Seorang yang mementingkan pemakanan seimbang namun terlalu sibuk untuk merancang dan menyediakan hidangan sebegitu?

Kini tidak lagi dengan program The Healthy Eating Through Healthy Shopping!

Baru sahaja dilancarkan Oktober tahun ini, program ini akan dilaksanakan secara berperingkat di pasaraya tempatan seperti Giant, Jaya Jusco dan Mydin di seluruh Malaysia. Lawatan pasaraya anda akan ditemani pakar pemakanan di seksyen terpilih [beras, buah-buahan, ikan, susu dan minyak mengikut piramid makanan] dan pastinya anda akan dibimbing membuat pilihan paling tepat!

Tidak perlu lagi menghafal Piramid Makanan Malaysia, tidak lagi pening membuat ukuran hidangan yang bersesuaian dengan tubuh dan sistem badan anda, pertukaran makanan, atau risau memikirkan cara untuk membuat pilihan lebih sihat antara semua jenis makanan, membaca label dan membandingkan nutrisi produk…pastinya tidak lagi, dengan pakar pemakanan yang mengiringi aktiviti membeli-belah anda! 

  • Tiga komponen integriti akademik

1. Integriti individu tenaga pengajar yang dinilai dari segi moral, etika, dan pegangan peribadinya: amanah, jujur, ikhlas, berkata benar, sedia bekerjasama, telus dan tunduk mengikut resmi padi. Daripada pengucapannya sehinggalah kepada caranya menulis nota kaki dalam kertas kerjanya, nilai ini terbuhul jelas. Dia tidak berpegang pada prinsip the end justifies the means [untuk mencapai matlamat segala cara dibolehkan termasuk memplagiat].

2. Integriti sistem. Sesebuah universiti adalah suatu sistem yang mengandungi pelbagai bahagian yang saling bergantungan secara keseluruhan. Seseorang ahli akademik mesti mengetahui keseluruhan sistem ini: bahagian tadbir urus akademik dan pengurusan sumber manusia, sistem dan peraturan kewangan, pekeliling pengurusan dan kewangan, perpustakaan, stor simpan kertas dan bahagian pengangkutan. Kalau dia seorang ahli akademik yang tinggi integriti individunya tetapi malap kefahamannya mengenai perjalanan sistem universiti, beliau tidak akan berfungsi sepenuhnya dengan berkesan. Malah dia akan sering marah, salahkan sistem, dan tidak pernah melihat diri mereka dalam cermin bahawa mereka sendiri yang hodoh dan bermasalah.

3. Integriti produk akademik. Setakat mana tulisannya yang berasaskan penyelidikan serius telah diterima dan diiktiraf jurnal berwasit (ISI atau SCOPUS).

Ketiga-tiganya adalah asas atau fundamental produk atau komoditi yang didagangkan di universiti; ilmu pengetahuan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s