Superwoman

Posted on Updated on

Seminggu pertama dalam percubaan menjadi Superwoman, saya bagaikan puting-beliung yang menelan dan menghancurkan semuanya dalam pusaran!

Menguruskan rumah, pakaian, kerja pejabat dan memasak bukanlah satu rentetan kerja yang mudah sepanjang minggu. Jika tidak baik-baik menimbang perkara mana yang mahu dilakukan terlebih dahulu, di penghujung minggu jadilah “tilam lembik separa lantai yang comot”.

Covey dalam bukunya First Things First, mengatakan “A meaningful life is not a matter of speed or efficiency. It’s much more a matter of what you do and why you do it.”

Dalam motto “To Live, To Love, To Learn, To Leave a Legacy”, Covey menekankan kepentingan rasa untuk survival, cinta, belajar dan memberi kesan positif pada orang lain. Menurutnya lagi, jika tidak diisi dengan keempat-empatnya, hidup akan menjadi kosong dan berlubang.

Saya telah menapak ke satu fasa, yakni alam pekerjaan, setelah kalut dan cemas selepas fasa graduasi (baca: menganggur).  Fasa ini adalah fasa sebenar, relialiti dalam menggilap satu legasi yang bakal ditinggalkan atau suatu tanda nama pada nisan yang bakal terhakis ditelan masa.

Inilah fasa yang menghamparkan lapangan peluang, potensi diri yang mahu digembur suburkan lagi. Jua bakal menjadi kebun untuk bercucuk tanam serta menuai hasilnya.

Saya boleh menjadi seorang hamba Tuhan, seorang pekerja, seorang sasterawan, seorang saintis, seorang businesswoman, seorang anak, seorang kakak, seorang isteri dan seorang ibu…tapi persoalan yang  harus dijawab tetap sama:

“WHAT I DO AND WHY I DO THIS ?”

Salam Hijrah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s