Cara Nak Kurus II

Posted on Updated on

Dalam sibuk mengulit Outcome-Based Education (OBE) dan kaitannya dengan akreditasi program-program di Politeknik METrO, sempat saya menilik site view blog ini. Antara top hits blog adalah “Cara Nak Kurus.”

Saya lalu terkenang saat di asrama sekolah dahulu. Makanannya sedap-sedap, terutama pada hari-hari tertentu. Barangkali nasi dan lauk kawah boleh menyumbang kadar lemak di dalam badan. Lebih-lebih lagi selepas makan, “bersiram” dengan kawan-kawan di kolah simen yang dikelilingi atap zink. Saat itu seingat saya, berat badan naik mendadak, 60 kilogram. Saya malah diserang ejekan budak-budak lelaki: “si buncit”.  Mewakili rumah sukan acara larian 4X100 meter, kawad kaki dan sofball (pemain simpanan) tak memberi apa-apa makna pun. Saya perasan, saya ini lemah. Senang sangat berasa lesu dan mahu pitam.

Memasuki asrama Matrikulasi UIAM, bilik saya terletak di tingkat paling atas. Tangga-tangganya tinggi dan curam. Kalau tertinggal barang, fikir 3x dahulu sebelum naik.

Ada gymnesium di tingkat bawah yang saya sering kunjungi. Peralatannya lengkap seadanya. Saya gemar mengayuh basikal statik di situ sebab ada kipas yang akan digerakkan dengan goyangan kaki saya pada pengayuh. Kadang-kadang saya mencuba menolak beban dengan kaki, kadang berdiri di atas basikal yang pemegangnya boleh ditolak ke depan dan belakang. Selalu juga menumbuk punching bag sambil membayang kegeraman saya pada seseorang. Dan sekali dua mencuba mengangkat dumbbell sebelah tangan sambil menayang otot di lengan yang tak naik-naik benjolan. Di akhir-akhir pengajian, saya diserang demam. Akhirnya, berat badan saya mencapai 53 kilogram-tanpa six pack.

Lucu sekali apabila orang menyangka saya mengambil Herbalife. Padahal lain sebabnya…

Kini berat badan saya stabil 55 kilogram dengan ketinggian 162 cm setelah hampir 4 tahun berlalu. Saya tidak ada formula asli “Cara Untuk Kurus”.  Setiap orang lain badannya, lain sistem, lain genetik. 

Sebenarnya bagi saya yang penting adalah “Cara Untuk Sihat”, tak kiralah sekurus mana jua pun, jika tidak sihat apa gunanya. Saya adalah “si lembik” dan “si buncit” yang sama, walau pun berjaya menurunkan berat badan. Untuk orang seperti saya yang kurang gula (baca: hypoglycemia)dalam darah (bacaan terkini skala 1; kritikal), menolak makanan manis-manis adalah langkah yang tidak bijak. Saya perlu makan makanan manis-manis untuk kekal aktif. Begitu juga dengan anda, jangan kerana hendak kurus, keperluan badan dilupakan. Hak badan anda akan dipersoal di hadapan Allah.

Kini saya mencuba mengamalkan hidup yang lebih sihat seperti:

1.memasak makanan sendiri kerana kita boleh mengawal jumlah minyak, gula dan garam, serta memasak makanan yang lebih menyihatkan

2. minum banyak air masak

3.berjogging di taman setiap hujung minggu

Saya juga ada meninjau beberapa gymnesium di sekitar Kuantan, dan alhamdulillah ada satu gymnesium khusus untuk wanita sahaja di depan tempat kerja yang bakal dibuka: Thalia Clinic.

 

 

Presepsi saya tentang sihat telah berubah. Sihat tidak semestinya kurus. Sihat adalah aktif dan energetic.

Selamat Mengamalkan Cara Hidup Sihat!    

14 thoughts on “Cara Nak Kurus II

    Safi said:
    December 4, 2011 at 6:56 am

    nak tambah berat ada petua tak? hehe

    fazilah said:
    December 4, 2011 at 7:02 am

    Good Job!!! Itu yang terbaik!!!

    wardahputeh responded:
    December 4, 2011 at 7:07 am

    Safi: Lepas kahwin sure gemok…mak buyung

    Fazilah: Haii..Herbalife distributor! Haha… Wani tersempak Aina semalam. Makin berseri-seri semenjak dah kahwin ni. Jeles I..Huda dah balik Ganu katanya.

    Bila berjogging kat Taman Bandar rasa sayu, teringat awak, Emy, Nadiah…

    izzaty nadim said:
    January 1, 2012 at 8:36 am

    cara-2 kurus dgn cpt cmne🙂

    izzaty nadim said:
    January 1, 2012 at 8:38 am

    saya nyy banyak lemak . haha . saya dulu kurus tapi sekarang dah naik berat badan . saya nak kurus dengan cepat .
    bantun saya😀

    wardahputeh responded:
    January 4, 2012 at 2:11 am

    Setiap apa-apa pun perlu perancangan dan usaha keras ya. Moga berjaya.

    oshiey said:
    April 20, 2012 at 12:51 am

    urm…..nk tnye bley????slah kew klow GEMOK???😦

    SH.AMIRAH said:
    May 12, 2012 at 6:27 am

    perlukan nutrisi yg seimbang? serious nk lose weight@gain weight @improve health..? ask me now ~~0194215833…i’ll be ur coach…SERIOUS PEOPLE ONLY…SH.AMIRAH~~

    wardahputeh responded:
    February 1, 2013 at 4:58 am

    Hi Herbalife🙂

    wardahputeh responded:
    February 1, 2013 at 4:59 am

    Tak salah🙂

    wardahputeh responded:
    February 1, 2013 at 5:00 am

    🙂 silakan berusaha ya

    Azrin Sani said:
    March 18, 2014 at 10:36 pm

    Gym untk wanita ni kt mne

    astieka said:
    September 18, 2014 at 10:45 pm

    thanks atas info Thalia Clinic – gym untuk wanita

    wardahputeh responded:
    January 19, 2015 at 6:35 am

    welcome🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s