Tahun 2012

Posted on Updated on

Tahun 2012 mengetuk pintu rumah, tanpa salam. 

Apakah terdapat berbezaannya? Antara nombor 2,0,1 dan 2 itu dengan nombor 2,0,1 dan 1?

Hari-hari akan tetap mendatang seperti sapaan angin yang membawa pepasir, mencampakkan butir-butir kerasnya pada jendela masa. Pada saat-saat seperti sekarang, saya akan menoleh dan melihat kembali, serpihan-serpihan yang telah tersesat masuk ke dalam rumah hidup, walau pun kadang-kadang, lebih banyak yang melukai pandangan mata hati.

Walau pun lelah, sudah pasti saya tidak akan menolak, bunyi desiran angin dan ombak pada kerikil pantai, adalah musik..

yang nyaman.

Satu-satu lembaran peristiwa datang bertandang…Oh, tahun 2011, betapa banyak sejarah, kisah luka dan kemenangan. Tak jarang, ada sisi romantis datang menghambur wanginya.

Barangkali sisi manis yang jadi penutupnya adalah kejayaan adikku yang seorang itu meraih A penuh dalam PMR.

Sisi manis kedua, di dalam kerjaya; menjadi Pengerusi Majlis Makan Malam Akhir Tahun dan menerima hamper besar tanpa disangka-sangka…jua barangkali Portfolio sebagai Pegawai Kebudayaan walaupun saya tak pandai menari joget…Yang pastinya, saya berasa bahagia bertugas sebagai pengajar… Kerana pada saat berbicara di hadapan mata-mata jernih itu, saat tawa memecah ruang, saat mengenakan mereka..ahh puas rasanya bergelar pendidik. Rasanya seperti seorang pelakon handalan atau seorang peguam yang tegas melontar kata-katanya, meski ‘berbelit-belit’.

Sisi ketiga, sebagai seorang pelajar- majlis graduasi dan naik pentas dengan topi petak, beserta jubah graduasi yang punya efek menarik sebaik badan bergoyang-goyang ketika melangkah. Belon-belon, lautan manusia, orang-orang yang saya cintai…dan kampus kesayangan.

 

 Jua kenangan, diterima sebagai pelajar sarjana Kuliyyah Kejuruteraan; Kejuruteraan Bioteknologi-yang tidak kesampaian. Masakan saya dapat lupa, dalam tempoh seminggu, kisah yang terencana adalah lebih daripada seribu! Impian ini, adalah impian yang akan kesampaian juga, suatu hari nanti.

Ahh..saya sudah angau..memang saya sudah jatuh cinta…

dengan UIAM Gombak.

Tepatnya dengan Kuliyyah Kejuruteraan.

 

Sebelum graduasi, sisi manisnya adalah saat berjaya menghabiskan Final Year Project…rentetan yang getir, susah dan payah. Semuanya menjadi sangat manis, kerana perahan air mata kami. Tawa, riang, sedih dan duka sahabat-sahabat, rupanya menjadi satu album 6 tahun berkelana di bumi UIAM PJ & Kuantan. Terima kasih pensyarah-pensyarah, teman-teman dan staf-staf di UIAM…juga kucing-kucing yang saya ingati kegebuan bulu mereka, pokok renek stevia (yang kini memenuhi padang lapang tempat saya, Fazilah, Nadiah, Azwani & Emilia memerah keringat) dan tak dilupakan…

 beruk jantan yang gemar menyergah dan mengecahkan bilik kecil saya yang berlangsir biru.

Realitinya adalah, sekarang…

Saya yang tak mampu berpaling daripada merenung tahun 2011. Seperti saatnya ketika pulang kembali ke daerah ini, daerah Kuantan. Kerana kenangannya terlalu kuat mencengkam nubari ini. Hati saya menangis kerana jatuh sakit,mengenang kenangan-kenangan yang diputar angin, hembusannya damai, namun sayang sekali, ia datang tanpa wajah-wajah yang membawa watak dalam kisah-kisah yang saya rindui itu.

Memang, 2012 datang tanpa salam.

Tangan saya masih erat mengenggam dan enggan melepaskan kenangan tahun lalu.

Cuma saya mesti bersyukur, watak-watak penting dalam hidup saya, masih berada di sisi…

terima kasih mama, abah, adik dan abang…

2 thoughts on “Tahun 2012

    muhammadahmadkamal said:
    January 5, 2012 at 8:17 am

    Wani, semoga maju jaya

    wardahputeh responded:
    February 1, 2013 at 5:00 am

    Baik tuan suami ku sayang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s