Impian Lama & Baharu

Posted on Updated on

Kredit Fantastic Boy

Tahun 2012 datang.

Semua orang bercakap tentang azam. Walhal saya malu mencoret, kerana tak mahu segalanya sekadar menjadi kata-kata kosong. Kata-kata tak bermakna yang klise.

Ahh..biarlah saya tuliskan impian-impian ini buat kesekian kalinya…

Julai lalu, saya adalah seorang graduan menganggur yang mulai melangkah dari sifar. Menggagau, tidak tahu mau menggapai apa, setelah tamat belajar.

Dahulu saya berimpian (2008) :

Jangka dekat

  • Melihat karya-karya yang tersiar di media massa, adalah seperti impian melihat karya sendiri tersiar di dada media.
  • Menyertai Minggu Penulis Remaja 2008. Ini adalah peluang terakhir. Jika gagal, maka peluang akan lesap melayang.
  • Menjahit
  • Pandai memasak
  • Stabil CGPA untuk genggaman 1st class honor

Jangka jauh

  • Melanjutkan pelajaran ke luar negara, tamat Phd pada usia 30 tahun.
  • Ada buku sendiri
  • Orang tahu tentang “wardahputeh”
  • Jutawanita pada usia 40-an
  • Hafaz al-Quran [Ya Rabb, betapa beratnya hafalan kitab-Mu! Izinkan aku…]
  • Ziarah Turki dengan wang saku sendiri

 

Yang saya merahkan, alhamdulillah, sudah tergapai, walau pun taklah sebagus mana. Empat tahun lamanya, 5 impian sahaja yang tergapai…Adakah saya memerlukan 5 tahun lagi untuk menggapai 6 lagi impian?

Betapa banyak perkara tertangguh sebenarnya. Bukan kerana tiada upaya, tetapi tidak mendesak diri melakukannya bersungguh-sungguh.

 

Impian yang tersimpan dalam kocek baju saya pada tahun 2012 adalah:

1.  Membeli rumah

2. Menyambung sarjana secara separuh masa di UIAM Kuantan

3. Menyelesaikan jurnal tertunggak yang sebuah itu!

4. Menulis sekurang-kurangnya satu karya sebulan

5.

 

Nombor 5 saya kosongkan, kerana impian ini hanya Allah yang tahu.

Oleh itu, untuk meraih IMPIAN NO.1, saya sudah berdikit-dikit menabung. Gaji saya tidaklah seberapa, yang sedikit seadanya itu malah bukan hak milik mutlak-wajar dikongsi bahagikan dengan insan-insan tersayang. Jadi saya mensasarkan duit muka boleh dibayar sekurang-kurangnya separuh tahun ini untuk rumah kecil yang saya idamkan itu.

IMPIAN NO. 2, di dalam risikan… UIAM Gombak, tunggu saya untuk Ijazah Kedoktoran ya, Insya’ALLAH..

IMPIAN NO.3, paling senang tetapi MALAS.

IMPIAN NO.4, jua senang, tetapi MALAS.

IMPIAN NO.5, Tuhan yang akan uruskan.

 

IMPIAN-IMPIAN TAHUN 2008

  • Menjahit: Bukan menjahit butang, tapi baju..ohh..sayalah yang paling kekok menjahit. Kan jimat kalau pandai?
  • Stabil CGPA, mengenggam 1st Class Honour: Untuk Sarjana Muda, saya perolehi Second Class Honour (3.333 CGPA). Syukur. Tetapi masih belum terlambat untuk Sarjana & Ijazah Kedoktoran.
  • Melanjutkan pelajaran ke luar negara, tamat Phd pada usia 30 : Tahun 2012, umur saya 25 tahun, saya mensasarkan secepatnya menyambung sarjana pada November 2012 (prosesnya juga mengambil masa, maka ‘intake’ Februari 2013)
  • Jutawanita pada usia 40-an: ‘No comment’
  • Hafaz al-Qur’an: Berdikit-dikit
  • Ziarah Turki dengan wang saku sendiri: Nampak gaya tunggu 10 tahun lagi…

Semakin usia bertambah, masa laju berjalan. Taklifan silih berganti. Rasa berubah. Hati berkocak. Tidak lagi seperti permukaan sebuah cermin, tetapi seperti pantai yang diubah ombak. Begitulah hidup. Manusia berubah kerana banyak sebab. Dan saya memang manusia yang tidak suka didesak-desak, seperti orang lain yang ada prinsip.

Baharu tadi mendapat taklifan baru, tambah lagi portfolio…Aktiviti Pelajar, Jaminan Kualiti, Kaunseling & Alumni, Inovasi & Penyelidikan dan Kebajikan Staff.

Maka konklusi entri ini adalah, tahun baharu impian baharu kerja baharu…kepala garuu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s