Sireh Pulang Ke Ganggang

Posted on Updated on

Bagai sireh pulang ke ganggang.

Begitulah agaknya situasi saya sekarang. Pulang ke daerah yang saya sangkakan akan ditinggalkan selama-lamanya. Inilah takdir. Takdir itu sifatnya misteri dan penuh kejutan.

Oh Tuhan, saya menerima takdir ini dengan lapang dada!

Masih banyak tempat-tempat yang gagal saya kunjungi. Malahan, masih banyak jalan yang saya belum ingati. Daerah ini sangat luas, pelbagai, dan masih “dara” (baca: hutan).

Barangkali juga, Tuhan tahu, saya masih berjiwa seorang pelajar. Malah, lebih selesa berada di dalam kampus UIAM Kuantan ini, daripada berlegar-legar di ECM pada hujung minggu.

Kafeterianya, meski uzur dan tidak menarik bagi yang biasa makan di McD, KFC, Ikan Bakar Ana atau New Horizons, masih mengecurkan liur saya. Masakan saya dapat lupa ikan keli goreng, ulam raja dan sambal buatan Kak Ana yang lazat itu? Empat tahun masih belum jemu-jemu!

UIAM Kuantan sedang membangun. Tidak sampai 5 bulan saya tinggalkan, sudah banyak yang berubah. Bangunan admin baharu, hospital gigi pertama di Malaysia, perpustakaan baharu yang besar dan makin indah (selain surau di dalamnya yang selesa), masjid putih di pinggiran tasik kecil, EduCare dan stadium lengkap dengan kolam renang.

Pun, setiap kali kaki ini ingin melangkah masuk ke laman budi dan ilmu ini, pasti Jejaka Kacah di depan pintu gerbang melambai-lambai. Sambil menurunkan cermin mata hitamnya yang berkilat itu, beliau dengan sopannya bertanya:

“Mana sticker kereta?”

Ya, memang aura pelajar masih ada di muka saya. Lalu kad matrik yang telah dilubangi itulah yang menjadi bukti saya ex-studenttt. Muka saja macam undergraduate

 

Namun tidak lagi sekarang! (Walau pun Jejaka Kacah itu sudah mengecam saya dan diizinkan masuk walau pun tidak menekan minyak sebaik sahaja sampai di depan gerbang)

KERANA… 

Alumni UIAM ada hak itu masuk dan berlegar-legar tanpa tujuan di kampus UIAM!!!

Caranya:

Isi borang Membership Card ini dan hantar >> isi borang untuk sticker kereta khas untuk alumni pada harga RM4.00.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s