Sisi-sisi Bahagia

Posted on Updated on

Hujung minggu yang damai.

Ada masa untuk diri. Oh, rutin yang sama juga sebenarnya.

Bangun, bersihkan diri, basuh baju, solat Subuh, online, menyidai pakaian, memasak, tidur, solat Zuhr, ke kedai runcit yang bersebelahan kedai kek Secret Recipe, membeli akhbar, menyelak lembaran sasteranya (kalau-kalau puisi orang yang kukenal ada), membeli barang dapur, pulang ke rumah, menguruskan pakaian, rumah berkecah dikemaskan, duduk menghadap buku tesis sarjana, buku-buku puisi berterabur di sebelah (dipandang dengan ghairah), bersiar di taman sambil menjilat ais krim, kemudian setelah hampir senja, pulang dan baharu teringat kerja-kerja pejabat masih belum langsai!

Sisi-sisi bahagianya masih belum dikemaskan betul-betul.

Mau saja khusyuk menadah Puisi-puisi Pilihan (Masuri S.N.) supaya tenggelam terus, dan terus tenggelam membaca catatan-catatan puisi sang penyair lain. Supaya jiwa kembali hidup dan menutur patah-patah kata indah, buat menulis puisi lagi. Juga cerpen sepuluh. Juga novel sebuah. Amboi, berkobarnya!

Tetapi dalam masa yang sama, buku kulit keras merah di sebelah menjeling tanda tidak puas hati. Katanya, “Kau pinjami aku, lalu dipersiakan. Memang hangat-hangat taik ayam!!!” Lalu kusentuh dan cumbu dirinya; si Buku Tesis Sarjana.

Sesaat, tiba-tiba suara Ketua Jabatan terngiang, “Hazwani, dah siap minit mesyurat e-mel secepatnya kerana saya mau menghadap Pengarah.” Aduhai. Dokumen untuk mesyuarat Isnin belum siap lagi. Pening kepala dan risau, kalau program-program yang dirancang tak dapat direalisasikan.

Akhirnya, kembali di atas sekeping kain. Duduk bersimpuh seluruh. Mengangkat tangan penuh-penuh…

Wahai Tuhan…hamba-Mu yang lemah datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s