Kawan, tak rugi menjadi seperti padi semakin berisi semakin tunduk

Posted on Updated on

Sangat payah untuk bertemu manusia yang rendah hatinya. Seperti mencari permata di celahan pepasir yang terbentang luas, terbenam dalam.

Yang selalu kita temui, manusia-manusia yang berperasangka dirinya yang terbaik dalam segala hal, malahan tidak pernah berbuat salah. Dia selalu memerhati dan menggali keburukan orang lain dan susah untuk berlapang dada. Padahal bak kata Samy Vellu, “arang di muka sendiri tidak nampak”, kain orang berlubang di hujung (kalau sebesar 1 cm pun) nampak pula.

Pun, antara sejuta manusia ego dan bongkak ini, saya temui ramai yang baik hatinya, rendah jiwanya dan lapang dadanya. Dia selalu merasakan dirinya tidaklah sehebat mana, kerana mampu duduk bercakap dengan orang yang lebih rendah mentaliti dan pangkat, sambil bergelak-tawa dengan mesra. Mereka ini bergelar pensyarah atau menyandang jawatan hebat, tetapi memakai baju lusuh dan menyandang tote bag percuma pasaraya. Mereka tidak bercakap tentang pangkat dan wang gaji dengan nada angkuh, apatah lagi bertanya tentang “apa yang kamu ada berbanding saya?”.  Walau pun dipijak dan dihenyak, mereka lali, kerana sudah saya katakan, manusia sebegini berjiwa besar.

Orang-orang hebat sebegini telah saya jumpai..dan kagumi.

Semua manusia, saya fikir, ada rasa “perasan dirinya hebat” termasuk saya (apabila dikenang terasa lucu), padahal hakikatnya lebih ramai orang yang MAHA berbakat berbanding dirinya. Apalah ertinya pada pangkat, wang, kedudukan, ilmu, jika lencana “riak dan bongkak” tersemat di dada.

Kawan, manusia sebegini sibuk mencari dan menyebar buruk dan aib orang lain, lama kelamaan biarlah mereka hanyut mundur terus. Tetapi jika kamu adalah manusia yang ada azam dan impian tekal, majulah terus.

Kawan, tak perlu risau jika namamu buruk atau sering dihenyak manusia perasan bagus ini, kerana namamu tetap hebat di mata Tuhan dan orang-orang jauhari (kerana jauhari mengenal manikam) sebab bersabar dan berlapang dada.

Kawan, tidak ada apa-apa yang akan tercicir atau dirugikan kalau merendah diri dan bertahan terus mengejar impian…Tak ada ruginya menjadi seperti padi, semakin berisi semakin tunduk.

 

Benarlah kata-kata; benih yang baik, kalau dilempar ke tengah laut pun, menjadi pulau.

2 thoughts on “Kawan, tak rugi menjadi seperti padi semakin berisi semakin tunduk

    fazilah said:
    February 1, 2012 at 10:36 am

    Best!!! Motivated ease arini… Thanks Wardah Puteh

    wardahputeh responded:
    February 1, 2012 at 12:19 pm

    Sama-sama kawan😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s