Most sought-after traits in graduates

Posted on Updated on

Dilema tiada pekerjaan pernah melanda saya.

Walau pun hanya 6 bulan di rumah, perasaan tertekan itu turut sama dirasai. Sekadar satu dua bulan tidak apa-apa lagi, tetapi jika berterusan, hanya Allah tahu betapa kuat rasanya jiwa ini mendesah untuk melakukan sesuatu.

Bukan tidak dihantar resume, malah menjangkau puluhan dihantar melalui e-mel, tetapi ternyata keputusannya naritif kosong. Mujur, ada pertandingan (baca: penulisan) dan karya-karya yang hendak ditukangi, ditambah majlis-majlis kuliah agama yang boleh dikunjungi.

Menjelang September, saya memperoleh tawaran belajar sarjana Kejuruteraan (Bioteknologi) di UIAM Gombak (mixed-mode). Namun takdir Allah terpaksa menolak kerana terikat dengan kontrak kerja -yang tiba-tiba datang setelah hati bulat menyambung pengajian. Saya ‘terpaksa’ menunggu lagi dalam 2 bulan.

Oh, kedua-duanya termasuk dalam pelan dan impian hidup saya, namun saya terpaksa memilih antara dua. 

Masuk ke alam pekerjaan -bagi saya tidak banyak bezanya. Saya masih berdepan manusia bernama pelajar, persis mengendalikan study circle ketika sarjana muda dahulu. Saya juga masih menulis -dokumen, minit mesyuarat dan merencana program-program. Sama sahaja seperti ketika bergelar pelajar (mujur memaksa diri aktif dahulu). Turut sama saya rasai, sekitar manusia yang banyak ragam dan rencam. Belajar lagi bekerja dalam tekanan  -tekanan semasa Projek Akhir Tahun lagi dahsyat.

Tetapi, barangkali, setelah memuhasabah diri, saya akur saya kurang mahir teknik bercakap  dan keputusan CGPA yang tidak mantap (baca: 3.333). Saya juga, kurang pengalaman bekerja -sepanjang 6 bulan hanya berkesempatan bekerja di Kedai Emas Azizah (3 hari dengan bayaran RM20/hari), bekerja sebagai guru ganti selepas SPM selama sebulan, dibayar UIAM sebagai fasilitator  dan barangkali pengalaman menulis karya. Persoalannya, barangkali kerana segala pengalaman ini tidak selari dengan perjawatan yang diminta saya?

Note: Peratusan 68% (pengalaman kerja) adalah melebihi separuh daripada ciri-ciri lepasan siswazah yang dikejar majikan.

 

Saya fikir, ada beberapa cara mengatasi masalah ini:

1. Seawal memasuki institusi pengajian, pilihlah biasiswa yang mengikat kamu bekerja dengan pembiaya selepas tamat belajar. Misalan, Kementerian Pengajian Tinggi (Skim Latihan Tenaga Pengajar), Sime Darby dan Proton. (Note: Tidak termasuk JPA)

2. Memasuki program praktikal attachment seperti yang ditawarkan kerajaan (di government-linked companies), Sime Darby, HDC dll.

3. Meragut segala peluang yang ada -jangan duduk goyang kaki sahaja tanpa memajukan diri. Contohnya, bekerjlah di kilang minyak, di kedai emas, di kedai kek, melibatkan diri dengan aktiviti kesukarelawan atau belajar menulis (artikel/ cerpen/ puisi). Biarlah bekerja biasa-biasa, tiada kaitan dengan ijazah/ diploma kamu pun, kontrak atau sementara sahaja, asalkan ada daripada tiada.

4. Sambung belajar sarjana, dan kemudian mungkin pHd pula. Dalam jangka waktu yang sama, silakanlah bekerja kuat menulis sebanyak mungkin journal dan menghadiri konvensyen serta melibatkan diri anda dengan aktif di dalam persatuan. Boleh juga bekerja sebagai part-time RA sambil menyambung sarjana.

Apa-apa pun, di mana sahaja kamu berada (jika berdepan situasi ini) percayalah bahawa Allah sudah mengaturkan yang terbaik, teruskan bersabar lagi dan berusaha maju ke depan.

 

Biarpun terasa masa terlalu menekan, jangan mengalah menghadapi cabaran yang mendatang dengan doa & kesungguhan meraih peluang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s