Indahnya Menjadi Tetamu Allah

Posted on Updated on

Apabila Dia sudah menetapkan, tiada siapa yang akan dapat menghalang…

Alhamdulillah kerana menjadi tetamu Allah dalam saat-saat akhir, yang kalut bergelut kesesakan timbunan kerja-kerja di pejabat-tidak berkesudahan.

Musafir kali ini lebih kuat mehnah ujiannya. Namun alhmdullilah, Dia menyediakan jalan penyelesaian dan menanamkan sakinah, kelapangan hati dan ketabahan.

Bertolak pada 28 Mei 2012 yang lalu, terbang menyentuh bumi Dubai yang terkenal dengan “Burj”nya. Transit 3 jam sebelum terbang lagi dengan Emirates ke Madinah al-Munawarah. Pagi-pagi lagi kaki melangkah, menemui kekasih Maha Kekasih yang “hidup” di makam agungnya di dalam Masjid Nabawi.  Madinah lebih tenang. Lebih gemersik alunan kasihnya serasa-rasanya. Sempat berdoa di Raudhah -taman syurgawi yang mustajab doa. Insya’Allah. Persinggahan ini dilanjut sehingga Jumaat. Alhamdulillah sempat solat Jumaat di dalam masjid yang nyaman itu sebelum berangkat ke Makkah.

Makkah, laluannya dari Madinah mengambil masa lebih kurang 5 jam. Berniat di miqat.  Jalannya berdebu sekali. Kawasan sahara. Kering-kontang. Sedangkan dengan kekuasaan Allah menjadi tempat bermulanya Tamadun Islam yang gah.  Sepanjang perjalanan, mata saya terbuka luas memerhati sekeliling.

Hujan turun tiba-tiba.

Hujan di Makkah adalah rahmat.

Singgah sebentar di R&R. Menunaikan solat insya’. Di Malaysia jam 2 pagi. Dalam kantuk pun masih berselera meratah ayam goreng dan secawan syai halib yang panas berasap…

Sesampainya di Makkah, kami check in bilik. Hawanya panas sekali. Selepas makan sepinggan nasi putih buat tenaga mengerjakan umrah, kami bergegas ke Masjidil Haram.

Hati berasa berdebar-debar. Rindu mengasak-asak.

Saya memang rindu akan Baitullah. Air mata merembes. Empat tahun berlalu, terasakan begitu lama…padahal binaannya tidak pernah berubah.

Jam 3.00 pagi (waktu Makkah) kami selesai mengerjakan umrah. Selesai tahalul saya bersandar di dinding Marwah- terlena sebentar kerana keletihan.

Azan subuh berkumandang, selesai sahaja saya membersihkan diri di hamam masjid.

Hari-hari berlalu…

Duga Allah. Cuaca panas, hawanya membahang. Udara berdebu.  Jalan-jalan ditaburi batuan. Bangunan di sekeliling dirobohkan. Makkah di dalam fasa pembangunan. Pernah suhu paling tinggi mencecah 52 darjah Celcius pada waktu tengah hari!

Pemandangan seperti ini tidak pernah dijumpa di Malaysia: 1. manusia bergerombolan menuju masjid sebelum azan masuk waktu berkumandang; 2. pasangan suami isteri berpegangan tangan di celah-celah ratusan manusia pulang ke rumah selepas solat di masjid.

Selain kisah-kisah ujian yang melanda kami sekeluarga (biarlah saya rahsiakan sahaja kerana begitu precious duga-kasih-Nya ini ;-)  ),  saya juga dilunaki dengan rahmat Allah yang senantiasa ditaburkan untuk hamba-hamba-Nya yang beriman…

Lazatnya ibadah…dan Allah memudahkan ibadah.

Impian menjadi tetamu-Nya ini bersemarak pada bulan 11 tahun 2011, dalam masa 6 bulan dimakbulkan. Allahuakbar!

Seperti ingin saya merasa puding strawberi yang lazat secara percuma…dimakbulkan. Walau hanya bisikan hati kecil yang nakal mahu menge”test” tanah Haram yang makbul impian ini.

 Temu dengan manusia aneh -mungkinkah wali Allah?

Pertemuan dengan saudara yang menetap di Makkah 14 tahun lamanya.

Saat-saat menyentuh Kaabah dan berdoa di tempat-tempat mustajabnya.

Air zam-zam yang lazat.

Kemurahan hati yang tak terbendung penghuninya.

Burung-burung merpati yang selalu membuat formasi aneh namun indah -tak termasuk najisnya yang jatuh pada telekungku sekali.

Hujan lebat pada petang Isnin yang kurasakan begitu dingin dan nyaman.

Dan saya pun menetapkan tekad akan kembali lagi tahun depan bersama-sama sang suami…walau pun belum tahu siapa gerangannya lagi.

2 thoughts on “Indahnya Menjadi Tetamu Allah

    hamizah said:
    July 17, 2012 at 3:48 am

    Salam.
    Alhamdulillah. Syukur kerana dipilih Allah untuk menjadi tetamuNya. Sy juga telah dipilih Allah untuk ke sana pada tarikh yang sama, 28 Mei dan kembali ke tanah air pada 8 Jun yang lalu. Perasaan gembira yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana dapat mengunjungi haramain, dan rindu yang berpanjangan sebaik sahaja tibanya di Malaysia. Ayat terakhir dalam post di atas juga bertepatan dengan situasi dan impian saya.🙂

    wardahputeh responded:
    February 1, 2013 at 4:57 am

    Tahniah, moga dijemput Allah lagi. Amin🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s