Mengukur Ikhlas

Posted on

Tiga bulan sahaja lagi saya menghampiri tarikh itu.

 

Dalam debaran, saya mencongak dan memikir banyak perkara dan benda.

Terutama sekali, saya ingin mengukur tahap keikhlasan di dalam hati ini…

 

Ikhlaskah hati saya pada abah dan mama?

Ikhlaskah hati saya pada si dia?

Pada ibu dan ayahnya?

Pada adik, adik-beradiknya?

Ikhlaskah saya pada Tuhan?

 

Saya pun menyebak kembali sisi-sisi dan ruangan kosong di dalam hati ini, supaya kembali dipenuhi ingatan kepada Tuhan.

 

Oh, dunia mana yang kau boleh hirup udaranya kalau tidak mahu dilambung ombak duga? TIADA.

Saya berfikir-fikir dan alhamdullilah bertemu artikel di dalam majalah ANIS- bagaimana doa boleh mengubah seseorang.  Saya berpegang teguh kepada takdir- jodoh itu takdir, maut saya pun takdir.

Apalah lagi yang hendak dikejarkan? TIADA.

 

Duga alam baharu ini pasti lebih mencabar (kata sesetengah orang). Tetapi saya optimis, Tuhan tidak akan menguji jika saya tidak berdaya. Saya menoleh juga sekali-sekala pada kenangan silam- Dia memberi ujian yang ternyata nihil jika hendak dibandingtara dengan duga Rasulullah, malahan ujian pada sesetengah manusia- boleh menyebabkan saya terkelu dan sujud syukur pada-Nya.

 

Saya menyedari bahawa saya bukanlah manusia sempurna. Si dia juga tidak sempurna. Tetapi kami berjanji akan berjalan seiringan ke arah kesempurnaan- kepada Yang Maha Sempurna…

2 thoughts on “Mengukur Ikhlas

    Azmar Ahmad said:
    September 20, 2012 at 4:51 pm

    barokallahu lakuma! moga dipermudah segala urusan majlis. nak kad.😛

    wardahputeh responded:
    February 1, 2013 at 4:54 am

    syukran hawa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s