Hati, putihlah kembali

Posted on Updated on

1 November 2012.

Tahun 2012 bakal berakhir…seperti tahun-tahun sebelumnya.

Bulan ini adalah bulan yang basah dan sebu.  Rintik-rintiknya sering mengenai wajah saya- pipi, bibir dan kadangkala menyelinap masuk membasahi mata.  Bulan yang basah dan sebu ini juga adalah bulan yang disukai dalam benci. Suka kerana udaranya nyaman sekali, benci kerana keasidan hujan boleh mnyebabkan saya migrain mendadak.

Pagi tadi saat mengendali kenderaan menuju pejabat, saya melihat manusia terburu-buru, menderu-deru. Lintasan demi lintasan. Dalam kuyup renyai gerimis- saya menilik cermin. Cuba menilai sebening mana mata yang memandang diri ini sendiri. Kadang saya merasakan setahun ini telah mengajarkan saya pelbagai cabang didikan. Didikan yang tak sedikit menjadikan saya si perengus, si pendendam dan kejam.  Inikah dinamakan hidup di zaman individualistik? Manusia tidak menghiraukan satu sama lain. Sering menikam dan tidak hormat. Talam dua muka. Mesra seperti rakan karib padahal tidaklah “seakrab” seperti yang berjaya dilakonkan! Dan yang menakutkan adakah penyakit hati busuk ini kian menulari hati saya? Nauzubillah.

Pelarian seketika.   Pelarian yang menyukakan saya adalah semasa menyertai apa-apa dan mana-mana aktiviti kemasyarakatan- baik di desa atau di kota, ini mengajarkan saya erti syukur, hormat, mesra kenal dan pershabatan baharu.  Berlama-lamaan adakah akan menjerumuskan kita ke arah kebusukan?

Nurani…nuranilah yang membezakan solehah dan tolehah.

Ya Allah, sucikan hatiku daripada hasad, cemburu, dendam, iblis, kejam. 

Saya rindu menjadi gadis naif yang tidak tau apa-apa. Yang senyum dan menangis sahaja yang boleh dilakukannya…yang mudah ditipu? Yang mudah-mudah dirobek dan ditikam hatinya? Perlukah saya sebegini untuk menjadi baik berhadapan dengan manusia tidak baik?

Oh oh…manusia mana tidak berubah, kawan.

Kita semakin matang untuk menilai. Baik atau buruk. Namun tak semestinya kan yang buruk-buruk dibalas buruk? Saya cuba untuk diam. Diam di mulut, diam di hati apabila diasak yang ‘bukan-bukan’ oleh ‘makhluk perosak’ hati manusia…

 

 

Tuhan, bersihkan hatiku..aku rindu bayang-Mu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s