Hadiah Daripada Tuhan

Posted on

Tuhan menciptakan langit supaya kita dapat menikmati saat-saat indah selepas waktu gemuruh kilat sabung-menyabung.

Waktu itu ketika hujan mulai renyai kita akan melihat pelangi menyebak sisa-sisa awan gelap & pekat.  Terjun pelangi nun ke hujung sana. Mendasar dengan sinar mentari.  Saat itu kita pun boleh tersenyum semula tanpa mengingati langsung perihal gerimis yang pernah menyelinap masuk ke dalam mata.  Saat itu kita cuma mahu melihat dan merenung tujuh jalur warna-warni yang begitu cantik beradun dengan biru langit.

Inilah kehidupan.

Bukan menidakkan bahawa gempita guruh, kilatan kilat, hujan yang ruyup hanya mendatangkan nestapa dan derita.

Bukan! Bukan!

Malah mensyukuri bahawa semua yang pernah datang dari langit adalah momen-momen berharga yang tak wajar sekali dilupakan walau sesaat.

Terima kasih Tuhan.

(Sempena genap setahun bergelumang dengan alam baharu yang dinamakan KERJAYA)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s