Palestin, McD dan menjelang perkahwinanku

Posted on Updated on

Bismillah.

Doa buat Palestin dan syukur Allah menunjukkan’strong reason’ kepada penggemar-penggemar McD untuk memboikot produknya.

….

 

Selamat Pengantin Baru kepada semua sahabat yang baru melangsungkan majlis perkahwinan

Sebagai seorang wanita, pastinya hati terlalu menginginkan banyak perkara menjelang hari perkahwinan.  Mahu kelihatan indah menawan semasa bergelar raja sehari, mahu majlis gilang-gemilang, besar-besaran.

Namun, ironi sekali saya tidak meletakkan apa-apa ‘effort yang gigih’ ke arah itu.  Kelihatan seperti melepaskan batuk di tangga, tetapi pada hakikatnya saya tidak mampu!

Baharu tadi dihubungi agen Bonuslink yang mahu menawarkan insurans, beria dia setelah tahu yang berlawan cakap dengannya adalah pensyarah- namun saya katakan, “saya pensyarah yang tak ada duit! Maaf. Kad kredit langsung tak pernah terlintas mahu dimiliki”. Balas saya cepat-cepat lalu memutuskan talian.

Walau pun 99% wang untuk majlis ini adalah daripada mama dan abah, masakan saya harus butakan mata sampaikan tidak menghulur sesen dua?  Majlis perkahwinan yang diadakan bersekali dengan pihak lelaki. Tiada berarak disambut di rumah mentua bahkan. Tiada cameraman upahan. Tiada mak andam yang ditempah khas. Tiada bilik pengantin yang dihias bagaikan istana. Tiada pelamin. Tiada hantaran. Tiada baju sepasang berharga ratusan…Sekadar jubah mulus yang dibeli di Madinah tempoh hari.

🙂

Alhamdulillah.

Inilah yang saya mampu.  Saya tidak inginkan sebuah majlis yang dipuji-dipuja namun langsung tidak diberkati Tuhan, insya’Allah.

Di sebalik sebuah majlis yang gilang-gemilang, saya mahukan sesuatu yang sederhana, dipandang Tuhan dan didoakan hadirin yang datang.  Semoga usaha saya “menahan hati” ini daripada segala macam hal-hal yang boleh merugikan ini akan dimakbulkan dan ditolong Allah.

Saya percaya yang sederhana boleh jadi meriah tanpa mak andam khas, cameraman professional, berdulang-dulang hantaran, pelamin dan sepasang baju sedondon bernilai mencecah ribuan.  Kemeriahannya datang bila silaturrahim dipereratkan, majlis yang menepati apa yang Allah sukai dan keikhlasan hati pasangan mempelai itu sendiri.

Jemputlah hadir ke majlis saya yang sederhana ini ya. JZKK

Kad jemputan yang bernilai kurang 50 sen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s