Disibukkan perkara yang tak perlu difikirkan langsung

Posted on Updated on

Tinggal lima sahaja hari yang mendebarkan.  Dalam kalut sebegini saya terasa ingin terbang sahaja ke rumah, melupakan kerja-kerja yang ada, tapi pastilah tidak mungkin kan?

Beberapa hari ini tiba-tiba sahaja kerja yang perlu diselesaikan segera datang. Dua kertas kerja, dua pelaporan untuk pengarah yang bakal bertukar ke negeri jiran, kertas soalan yang harus ditandakan, rumah yang harus dikemas untuk berpindah, proposal master yang perlu disiapkan hari ini juga dan beg yang belum siap di’pack’kan.  Pulang ke rumah pastilah saya mahu melihat baju pengantin yang telah di”alter’kan itu (belum siap) dan memadankan dengan tudang (harapnya nanti sedondonlah dengan pengantin lelaki!), membersihkan rumah dan mengisi goodies di dalam beg kecil seribu.

Selalu sahaja jika ada hal-hal penting dalam hidup yang akan berlaku, keadaannya akan kucar-kacir semacam ini. Semoga semuanya berjalan lancar.  Perkahwinan adalah ibadah.  Moga dilindungi daripada gangguan syaitan.

Minggu lepas, alhamdulillah, saya berjaya menjejakkan kaki ke perpustakaan negeri Pahang.  Luarannya nampak lama (bangunan 60-an) tetapi di dalamnya masya’Allah sangat cantik dan dipasang penghawa dingin.  Saya berpeluang masuk ke dalam- bahagian pengurusan dan melihat beratus-ratus buku sedang menunggu untuk diproses.  Menurut seorang pegawainya di situ, setahun jutaan buku akan dibeli oleh perpustakaan ini dan diedarkan ke perpustakaan daerah dan desa di Pahang.

Free journals!!!

Turut kelihatan adalah kiosk comel tempat penghantaran buku yang ada keahlian percuma.  Menarik sekali kerana buku-buku di seluruh Malaysia boleh dipinjam dan dihantar tepat ke depan pintu anda! (Dengan bayaran tertentu).

Melihat buku-buku yang tersusun di rak, menghidu bauannya, saya berasa satu kerugian.  Anak-anak muda zaman sekarang lebih ralit ‘membaca’ fb dan twitter.  Gadis-gadis sibuk berfesyen, bersosial dan bermake-up. (Mereka lebih pentingkan warna blusher yang harus dipakai).

Ratusan, jutaan buku yang terletak elok diselaputi debu- petunjuk pembaziran minda dan masa bagi saya.

Di saat masyarakat ‘mula’ (baru nak mula) tersedar tentang Gaza, tentang Yahudi yang jahat, pernahkan (dan akan pernahkah) kita tersedar bahawa sebenarnya kita ini yang perlu mempertahan diri daripada serangan minda mereka? Barat telah berjaya menyibukkan kita dengan hiburan, twitter, fb, fesyen, artis…sehingga kita gagal untuk mengawal minda kita sendiri melakukan perkara yang boleh menyumbang lebih saham (dunia dan akhirat).

Rugi…rugi sangat-sangat.

(Mood: nak habiskan semua buku di perpustakaan)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s