Ikhlaskah awak?

Posted on Updated on

Bismillah.

Dalam entri yang lalu saya ada menyebut tentang ikhlas.

Ikhlas; satu perkataan yang sangat siknifikan.  Lebih-lebih lagi pada 11.11.11, sewaktu saya berteleku menemani sahabat saya Siti Fatimah Safiah yang berdebar menunggu akad dilafazkan bakal suami.

Masih terngiang-ngiang lagi perkataan daripada tok kadi-“Jiwa yang ikhlas tidak boleh diganggu-gugat syaitan.”  Subhanallah.

Ketika itu, saya ingin sekali menggapai ‘ikhlas’, bercita-cita supaya saya tidak diganggu syaitan.  Tetapi itu adalah hampir mustahil kerana susah dan sukarnya tahap untuk menggapai keikhlasan.

Orang yang mengatakan dirinya adalah ikhlas adalah orang yang PALING TIDAK IKHLAS.

Orang yang merasakan dirinya ikhlas, belum tentu ikhlas, yang tentunya riak dan takabur.

Orang yang memberi hujah ikhlas membuat kerana pahala Allah, juga tidak ikhlas.

Lantas bagaimana membina benteng untuk memunculkan nur ikhlas itu?

Mengapakah ikhlas begitu penting dalam meniti kehidupan seharian?

Jika saya diberi peluang untuk menggambarkan ikhlas, saya akan gambarkan ia  seteduh wajah seorang Muslimah yang bertudung litup putih, berjubah longgar tidak telus, bercahaya wajahnya dengan nur, tutur katanya indah, senyumnya tidak lekang, matanya bergenang selalu, tangannya ringan membantu, bibirnya tak henti zikrullah, tingkahnya lembut, pandangnya jatuh merendah diri, hatinya tak pernah dengki, namun kerjanya tangkas memaksimumkan ibadah kerana Allah. Bila disampuk ujian dia tekal teguh sabar dan terus berjalan.  Itulah ikhlas. Dia menapak kerana Allah. Dia menghembus nafas kerana Allah. Dia menghirup udara kerana Allah. Dia tidak mengharapkan apa-apa daripada manusia.  Kerana itulah ikhlas berupaya menjadi benteng paling teguh, 1,000,000X teguh barangkali daripada tembok besi…

Ogos lalu selepas bergelar tunangan orang, saya membeli senaskhah buku berjudul “Menyukat Ikhlas Diri, Menggapai Reda Allah”.  Buku setebal 243 muka ini ditulis Ustaz Misbah Em Majady (seorang Indonesia).  Di kulit bukunya, terpampang dada seorang lelaki yang terbelah, ada hati merah menyala-nyala.  Seakan menunjukkan ikhlas ada tertanam di dalam hatinya…

Berbalik kepada kisah tok kadi tadi pada 11.11.11, mengapa beliau mengatakan perihal ikhlas sedangkan khutbahnya adalah khutbah nikah?  Kerana ikhlas dalam rumahtangga berganda-gandaan pentingnya.🙂

“Inna solati, wanusuki, wamahyaya wa mamati lillahi rabbilalamin”

Sesungguhnya, solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam…Setiap kali melafazkannya dalam solat, terasakah getar yang begitu hebat, sebu datang meraup wajah…satu ayat yang begitu syahdu untuk diselami.

HANYALAH UNTUK ALLAH! Hanyalah untuk Allah…

Kenapa saya bernikah? Hanyalah untuk Allah..

Adakah saya berhak mendambakan hatinya dalam genggaman saya? Hatinya hanyalah untuk Allah, hatinya di anatara dua jari yang boleh dibolak balikkan Allah..Hanyalah pada Allah.

Dialah yang menghamparkan rasa kasih.

Dialah yang menuntun membuat ibadah.  Hanyalah pada Allah.

Hanyalah pada Allah ada upaya melakukan sesuatu kebajikan.

Hanyalah kepada Allah dan ikhlas akan bersarang…

dalam hati.

….

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s