Post-mortem 2012

Posted on Updated on

Bismillah.

Enam tahun sudah berlalu semenjak saya mulai mencoret di ruangan blog ini.  Enam tahun bukanlah satu tempoh yang singkat.  Saya percaya blog ini meski kelihatan “begitu sunyi”, ada mata yang memerhati dan rajin mengklik mencari.  Bahkan tidak mustahil mak mertua juga turut menjadi pembacanya…

Hi mak! Eh assalamualaikum mak.. Hehehe (Sempat)

Kesedaran bahawa mencoret tentang sisi-sisi peribadi, tentang soal apa yang dibuat dan dirancang sudah tidak menjadi keutamaan di laman ini, barangkali dengan karier sebagai pensyarah (saya yakin ada anak murid yang sedang membaca blog ini) dan seiringan dengan usia saya yang kian meningkat. –Tahun hadapan genap 26 tahun sudah…

Dalam blog ini ada keriangan, suram, sedih bahkan mencatat pelbagai peristiwa penting dalam diri seorang Hazwani.

Baru-baru in ketika pulang ke kampung halaman, saya menilik buku-buku lama yang dijadikan rujukan peperiksaan- pelbagai ayat yang ditulis saya-kebanyakannya jiwang (dan terselit surat cinta peminat).  Saya jadi malu sendiri mengenangkan adinda yang turut membaca cacatan hati saya yang ternyata agak “terlampau” padahal hanya berkisarkan PMR, SPM dan ketakutan sebagai seorang gadis sunti yang low-profile. Tadi pula saya menyelak lembaran kisah di dalam blog ini dan menjadi tersipu mengenangkan betapa kebudak-budakannya saya walau pun saya kerap menemui diri yang lebih bertenaga dan gemar berkongsi.

mimpi

Post-mortem 2012.

April

Saya GAGAL untuk menyiapkan journal hasil kerja FYP saya dek kerana sikap bertangguh. Tapi saya MESTI akan siapkan satu artikel pendek mengenainya.

Mei

E-book hanya dapat disiapkan dengan bantuan Encik Hafizil dari kolej komuniti.  But somehow, I’m looking forward to build my own e-book.

End-post doc, terlampau sibuk Encik Post Doc dari India tersebut, saya hanya sempat belajar 1% dari beliau tentang kajian saintifik (dengan bantuan Profesor Mohamad tentunya)

Julai

Sayembara ditangguh hingga akhir Januari -masih berusaha menyiapkan 30 puisi!  Suntuk.

November

Alhamdulillah saya berjaya mendapat jawatan tetap sebagai Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi setelah beberapa insiden yang betul-betul merungkai semangat saya.  Kereta ‘dirosakkan’ mekanik pada akhir waktu sebelum berangkat ke Putrajaya dan duit deposit bilik sewa yang “hilang” begitu sahaja.

Disember

3 K’s🙂

Kahwin dan Kota Kinabalu, Sabah

Alhamdulillah Tuhan makbulkan perancangan ini, walaupun terawal sehari. 30.11.2012.  Cumanya saya tidak dapat berpindah ke KK kerana ketiadaan opsyen kecuali masuk ke bahagian pentadbiran (sebagai Pegawai Peperiksaan atau lain-lain perjawatan).  Namun saya berharap sangat agar dapat berpindah ke Politeknik Nilai (yang akan membuka tawaran Diploma Bioteknologi).

2013…2016…

Sarjana? Tak lari gunung dikejar.  Malahan mana tahu nanti gunung yang mengejar kembali?  Insya’allah. Alhamdullillah ala kulli hal kerana masuk ke dunia pendidikan yang pastinya memerlukan seorang pensyarah “terpaksa” dan “memaksa” diri menjadi lebih baik untuk melahirkan modal insan yang lebih mampan.

Pensyarah Universiti APEX? Amboi amboi…Hebat betul mimpi kamu ya. -Serahkan kepada Allah sahaja mana yang terbaik di sisi-Nya dan di sisi keluarga.

Stabil ibadah, kendiri, skil, kewangan, aset dan keluarga akan bersambungan lagi tahun hadapan…tahun hadapan tahun mengumpul aset dan kewangan, insya’Allah.  Juga skil sebagai penulis akan saya pertahankan sebelum saya sendiri lupa bagaimana harus mengeja nama Shamsudin Othman dan Rahimidin Zahari. –Amboi statement!   Keluarga dan ibadah semestinya nombor satu dan berjalan seiringan…aminnnn.

Tahun 2012…selamat tinggal.  Selamat datang 2013!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s