Saat akhir 30 puisi…

Posted on Updated on

cikgu

Saat akhir sebelum menghantar naskah 30 puisi ke penganjur, wajah-wajah guru puisi ku tiba-tiba datang melayang di kepala. Menjadikan aku begitu sebak. Entah kenapa…namun yang pasti aku sangat berterima kasih dan bersyukur ditakdirkan berguru dengan manusia-manusia hebat.

Jujur, sejujurnya tujuan aku menyertai sayembara puisi ini yang pertama-tama ialah tidak mahu guruku kecewa dan marah (walau ku tahu jika aku tidak menyertai pun tidak akan apa-apa kerna langsung tidak menjadi pencabar sesiapa). Aku bahkan berasa serba salah, sayu dan geram akan diriku ini kerana mensia-siakan ilmu yang guruku beri dahulu semasa berkampung di MPR dulu.

Naskhah dan penyertaanku ini adalah kerana hormat takzimku kepada guru.

Barangkali rasa sebegini datang kerana aku berada di tempat seorang guru juga, aku mulai memahami betapa ikhlasnya guru-guruku memberi ilmu.

Aduhai..malangnya diriku mensia-siakan ilmu mereka, pengharapan, pertolongan dan tunjuk ajar yang TAK PERNAH LELAH itu!

Allah…

Guruku, redhailah anak muridmu ini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s