KERJA

Image Posted on Updated on

KERJA

Nampaknya blog ini tidak semeriah dahulu, seperti pada zaman belajar, yang depenuhi dengan pelbagai kisah. Menampakkan blog ini pada zaman muda-muda memain peranan yang besar- tempat berkongsi cerita dan kisah hati.

Tapi kini kelihatan lengang…

Mungkin disebabkan saya berasa privasi sedikit tercalar. Barangkali juga saya berasa disakiti, lantas malas mau mencoret sesuatu yang bakal digunakan kisahnya buat si penyebar aib orang. Padahal ini adalah ruang yang saya ciptakan- menjadi diri saya sendiri, tiada hak sesiapa pun mau mempertikaikan apa yang telah dan sedang dicoret.

Mungkin juga kesibukan yang berpanjangan. Sibuk yang kadang disalah ertikan (jika masih punya masa meninjau blog picisan).

Seorang teman bertanya, “kenapa wajah awak muram sahaja di blog?”.  Tempoh hari.

Kini saya menempelkan satu lagi gambar yang menggambarkan “kesedihan”. Sebenarnya saya tidak mahu kelihatan begitu gedik, dalam masa yang sama gatal tangan nak menampal gambar sendiri. (Boleh tak alasan ni?)

He he he

Dua bulan bergelar isteri🙂 seperti dua hari. Maulidur rasul tahun ini terasa begitu meriah dengan sang suami. Kami sekeluarga (kini bertambah menjadi 5) ke Majlis Lantunan Mahabbah. Mendengar qasidah. Mendengar kisah Rasulullah dari Sheikh Nuruddin.

Bulan madu (kali ke-2) di Langkawi.  Sampai tak sempat bernafas kerana takut ketinggalan feri pulang ke Alor Star!🙂

Kerja pastilah tidak akan pernah habis. Kalau tidak kerna suka bertangguh pun, akan bertambah sampai kiamat. Syukur saya berjaya menyiapkan 30 puisi (bahkan lebih), banyaknya saya korek kembali dari blog (lalu dipadamkan) dan diubahsuai supaya lebih ‘segar’. Dua cerpen ke media (menunggu terbit di Dewan Kosmik bulan 3) insya’Allah. Menghantar abstrak kajian untuk NaREC ’13- konvensyen pertama yang saya ingin sertai insya’Allah.

Begitulah.

Begitulah saya mencari peluang yang ada secara sederhana… menikmati hidup secara sederhana dan tipikal.🙂

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s