Hujung minggu

Posted on Updated on

Hujung minggu di rumah sewa seakan sudah lama tidak saya hadapi.

Selalunya saya akan ke Gombak (rumah mertua), pulang ke kampung melempiaskan dendam rindu pada mama abah dan adik, dan paling kerap keluar berkursus/ berprogram/ outstation.

Ramai juga bertanya, “hujung minggu apa yang awak buat di Kuantan.”

Selalu juga saya merasakan soalan ini susah untuk dijawab (kerna statement baris ke-2 tadi)…Kadang saya ke pustaka UIAM, membaca akhbar sudah memakan masa hampir dua jam! -__-” Mengemas bilik. Membasuh baju. Memasak. Membaca…oh membosankan. Hujung minggu adalah hari beristirehat/ re-charge.

***

Seminggu lalu saya mendapat surat jemputan menunaikan haji dari Allah🙂 bersama mama, abah dan adik. Perasaan berbunga bukan main…baru dapat jemputan, belum lagi realitinya datang…

Tahunnya adalah 2013, namun dirayu supaya ditunda kerana adinda bakal menghadapi SPM nya tahun ini…Alhamdulillah, Allahuakbar! Banyak lagi yang perlu saya pelajari. Kerja haji tidak semudah umrah. Tapi Tuhan, tolonglah tolonglah permudahkan..permudahkan sampai hamba-Mu ini berjaya menghabiskan haji. Haji yang mabrur. Amiinnnnn.

Kursus haji sudah bermula di seluruh Malaysia. Di Kedah hari Sabtu. Di Kuantan hari Ahad jam 9.00 a.m.-11.00 a.m.  Tidak lama masanya.

***

Sekarang saya di pejabat. Menghabiskan kerja yang terbengkalai. Hujung minggu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s