Berdikit itu syukur

Posted on Updated on

Image

Sambil menggoreng ikan, saya mengintai dari luar jendela dapur rumah yang membelakangi rumah sewa saya sekarang.

Pintunya yang berwarna putih ala inggeris sering mencuit hati saya. Terpesona. Jendelanya luas.  Kedudukannya lebih tinggi. Rumah teres dua tingkat yang berharga sekitar RM 300, 000. Sambil menelan liur saya membayangkan perlu lebih 3 tahun untuk membayar “down payment”nya sahaja.

Tomyam yang saya masak pagi tadi sudah dipanaskan, disimpan separuh di dalam peti sejuk untuk dibawa sebagai bekal ke pejabat esok.

Membayangkan di pejabat tadi, tiba-tiba sahaja bulu roma saya meremang. Berani sangat sampai diusik “si dia”. Gulp. Serik!

Memasak, selain dapat memupuk skil untuk suami tersayang; Muhammad Ahmad Kamal🙂 sangat-sangat menjimatkan. Insya’Allah. Begitulah juga yang saya peroleh usai membaca “Ke manakah wang anda?”.

Semasa berkahwin kami memang betul-betul menjimatkan kos kerna menyatukan satu majlis (perempuan dan lelaki), tanpa pelamin, tanpa mak andam upahan (terima kasih kepada sepupu ku Kak Ija dan Kak Lin, Hanah, Tity serta Fathiyah terutamanya), tanpa fotografer rasmi (terima kasih Cik Mah, abang cik dan Nizamuddin), kad kahwin yang murah, baju pengantin  yang mampu milik yang alhamdulillah memberitahu bahawa “sayalah pengantin!”….

Selepas berkahwin, saya rasakan semakin berjimat dan mengikat perut…Kalau dahulu RM 50 di dalam dompet boleh saya habiskan dalam masa 5 minit, sekarang nilainya yang sama, alhamdulillah bertahan seminggu.

Saya menyewa bilik di rumah dua tingkat yang besar ini, bilik paling kecil dengan harga sewa RM 350 sebulan (termasuk bil air dan api). Harganya yang asal RM 400 tetapi saya menolak untuk menonton TV (siaran ASTROnya sahaja RM50 seorang sebulan!!). Lengkap perabot. Yang saya bawa buntut.. He he he

Semuanya kerna memikirkan tentang tambang kapal terbang pergi-balik yang menjangkau RM500 ke Sabah (jika mau menjenguk “rumah” lagi satu).

Sampaikan, pek kecil kopi, milo atau teh yang diperoleh percuma dari hotel dll. kini sangat dihargai saya berbanding dulu.

Subhanallah. Tuhan lah yang memberi rasa ini, saya bersyukur kerna Dia mendidik melalui ujian supaya menjadi lebih baik.

Memikirkan ini kadang membuatkan saya takut menjadi terlalu menjaga sehingga kedekut.  Tapi saya menemui jalan lain, jalan yang menguntungkan dan membahagiakan :- memasak lebih dan diagihkan di pejabat. Menguntungkan dan moga ada berkat juga kerna tidak mungkin saya boleh memasak dengan kuantiti sangat sedikit…

Menghargai itu erti syukur…seperti kata suami.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s