Dihinakan orang tak bererti tak boleh memohon ke UK

Posted on Updated on

Mendoakan orang yang membuat kita aib dan malu, supaya mendapat musibah adalah tidak baik.

Begitu juga kalau mendoakan orang yang menjadikan kita tiada maruah, buruk dan memandang enteng diri kita, supaya mampus adalah tidak bagus.

Pandangan saya dirasakan begitu kosong, air mata tiada setitik pun gugur. Tapi hati saya begitu dalam lukanya sampai jika orang dapat melihatnya pasti menyangka barah.

Sudah tentu saya tidak mau melihat mereka yang sukakan kesedihan dan derita melanda saya bergelak ketawa dan terus tersenyum menyampaikan yang tidak enak. Sebab itu saya tidak menangis. Tidak akan berpaling. Menjadi keras. Keras kemahuan dan tidak akan terkesankan langsung.

Kerana saya memang hebat pun… untuk didengkikan orang berhati busuk. Kan?

Hinalah… Kerana pasti satu masa lagi kau akan dihina di depan Allah…

(Oh, kau memang hebat pun..padahal rahsia kau aku simpan-akhirat nanti akan terbongkar…janganlah asyik memainkan hukum Tuhan, kalau diri sendiri pun taklah sebagus mana)

***

TAWARAN MENYERTAI KEMBARA PENULIS MUDA KE UNITED KINGDOM

Program  Kembara Penulis Muda Ke United Kingdom
Tarikh  10-19 Mac 2013
Lokasi  Sekitar Kota London, United Kingdom
Penganjur  Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
Latar Belakang  Kembara Penulis Muda Ke United Kingdom yang akan diadakan pada Mac 2013 merupakan sebuah projek nasional bagi “membuka horizon minda” penulis muda melihat perkembangan dan situasi bidang penulisan serta kesusasteraan di dunia luar. Program ini penting bagi mengembangkan bakat penulisan melalui rakaman serta catatan yang diperoleh hasil daripada pandangan tentang kaedah serta apresiasi masyarakat luar terhadap bidang kebudayaan dan kesusasteraan.Program ini akan dikendalikan oleh fasilitator yang dilantik oleh ITBM dan PENA, iaitu Encik Wan Ahmad Hulaimi bin Wan Mohd Ali atau juga dikenal sebagai Awang Goneng. Beliau yang menetap di London mempunyai pengalaman luas dalam bidang penulisan khususnya melalui penerbitan buku, media cetak dan juga media elektronik (blog).Dalam program kembara penulis ini, peserta akan bergerak dari satu tempat ke tempat lain yang pastinya turut menggerakkan secara aktif pada fizikal dan minda. Pengembaraan ini akan menghidangkan pemandangan baharu; pemandangan baharu di hadapan peserta serta di dalam diri mereka. Secara tidak langsung, pengembaraan ini akan membuka kepada penerokaan kata-kata yang baharu – yang diharapkan akan mengubah diri peserta dari segi penglihatan, pemikiran, penulisan, dan perjalanan hidup.
Peserta Kembara  Kaedah pemilihan peserta adalah seperti berikut:
–        Remaja warganegara Malaysia yang berusia antara 17-30 tahun.
–        Peserta terbuka kepada 10 orang penulis muda yang telah terbukti kemampuannya menghasilkan tulisan yang baik. Peserta boleh terdiri daripada penulis sastera dan penulis ilmiah atau biografi (puisi, cerpen, novel, dan umum). Tidak hanya terhad kepada penulis kreatif.
–        Pernah menghasilkan karya yang disiarkan dalam mana-mana penerbitan. Salinan karya yang tersiar itu perlu diberikan kepada pihak ITBM untuk penilaian.
–        Peserta mampu memberikan komitmen untuk menghasilkan karya penulisan dalam tempoh masa 12 bulan selepas menyertai projek kembara ini.
–        Perlu lulus ujian dan temu duga yang dijalankan oleh ITBM.
–        Terhad kepada 10 peserta yang ditanggung sepenuhnya pengangkutan (kapal terbang Kuala Lumpur-London-Kuala Lumpur), penginapan di London dan makan minum (tidak termasuk perbelanjaan duit saku).
Cara Permohonan  –        Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang permohonan di laman sesawang http://www.itbm.com.my. (klik format word) (klik format PDF)
–        Tarikh tutup permohonan Kembara Penulis Muda Ke United Kingdom pada 13 Februari 2013.

LATAR BELAKANG DIRI FASILITATOR KEMBARA PENULIS MUDA KE UNITED KINGDOM

WAN AHMAD HULAIMI BIN WAN MOHD ALI

Program Kembara Penulis Muda Ke United Kingdom akan dikendalikan sepenuhnya oleh Wan Ahmad Hulaimi bin Wan Mohd Ali atau juga dikenal sebagai Awang Goneng. Beliau yang kini menetap di London bermula sejak usia remaja untuk belajar di London School of Economics and Political Science (LSE) pada awal 1970-an.

Di LSE, Wan Hulaimi mengambil jurusan undang-undang dan pernah kembali bekerja di tanah air sebagai tutor di Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya sebelum bertukar kerjaya menjadi wartawan, bermula sebagai penulis kanan di The New Straits Times yang kemudian berkhidmat dengan agensi berita Bernama. Pada tahun 1979, beliau kembali semula ke London dan terus menjadi penulis yang berpangkalan di sana.

Nama Awang Goneng diperkenalkan secara meluas melalui penulisannya di blog “Kecek-Kecek” yang berkongsi cerita tentang pengalaman masa kecilnya di Terengganu, keindahan kehidupan di negeri Pantai Timur, tentang perangai manusia, bahasa dan sosiobudayanya. Penulisannya itu berasaskan fakta-fakta yang diperoleh daripada memorinya serta hasil penyelidikan di beberapa perpustakaan dan arkib di London yang kebanyakannya begitu nostalgik.

Idea-idea Wan Hulaimi melalui tulisan di blog terbabit yang digarap dengan isi yang kukuh telah menarik perhatian penerbit antarabangsa, Monsoon Books, untuk didokumentasikan dalam bentuk buku yang berjudul Growing Up in Trengganu pada tahun 2007. Empat tahun kemudian, beliau tampil lagi dengan sebuah buku, A Map of Trengganu yang turut mendedahkan pembaca kepada sosiobudaya Terengganu selain bagi memahami dirinya yang sentiasa nostalgik kepada Terengganu – walaupun memilih untuk meneruskan hari-hari tuanya di England, jauh beribu-ribu batu dari pantai Terengganu yang cantik.

Selain dua buku terbabit yang merupakan hasil karyanya, Wan Hulaimi juga merupakan penterjemah buku Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot (Tun Razak: Profile of a Patriot) tulisan Zainuddin Maidin. Buku Perangai Bergantung kepada Diri Sendiri tulisan Za’ba juga telah diterjemahkan oleh beliau kepada Habit of Self-Reliance.

KPMkeUK11-540x379

2 thoughts on “Dihinakan orang tak bererti tak boleh memohon ke UK

    angah said:
    February 15, 2013 at 3:03 pm

    assalamualaikum, semoga dipermudahkan segala urusan

    wardahputeh responded:
    February 16, 2013 at 7:45 pm

    waalaikumussalam,terima kasih puan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s