Temuduga, sifar sumbang dan buku picisan

Posted on Updated on

Hujung minggu yang begitu lesu.

Hujan di luar sudah reda, tadinya bagitu lebat berjujuhan. Pagi ini saya menggoreng mi kosong yang dicampur lobak dan telur -lebihan gorengan semalam.

Temuduga untuk program ke UK itu akan diadakan pada Sabtu depan di KL…

Dalam keterujaan, perasaan resah, gementar dan rendah diri mulai datang…Masakan tidak, apalah yang ada pada saya untuk di’jual’kan. Baik dalam bidang apa pun, saya ‘miskin’ inikan pula dalam dunia sastera dan kesusteraan.  Boleh dikatakan ‘sifar sumbangan’. Keduanya, yang membuat saya sedikit risau, kebetulan ada program di Mersing pada hari kejadian.   (Saya terperasankan apabila ada saja temuduga penting pasti ada aral dan rintangan yang harus diatasi). Oh, tak mengapa, saya memandang temuduga ini sebagai satu pengalaman- saya bakal berkenalan dengan penulis muda lain, memenuhi acara ITBM (dahulu ITNM)-PENA dan mungkin akan bertemu teman lama dan cikgu semasa di MPR dulu. Bahkan boleh juga menjadi penanda arasan bila saya selesai menjawab -adakah dengan bagus atau memalukan diri sendiri sahaja.

Alhamdulillah, Jumaat lepas saya bertemu cikgu puisi di MPR dulu. Itupun secara tak dirancang bila diusik sang suami “tak nak ke Istana Budaya ke jumpa cikgu awak?”. Amboi, memang masin mulut betul, kebetulan cikgu berada di bangunan yang sama; DBP (saya dan suami ke sana untuk mengambil buku sumbangan DBP untuk Program Mentor Puisi PMKu).  Senyuman saya jadi meleret-leret dapat kenalkan suami pada cikgu yang berjasa amat itu.  (Perasaan pengantin baharu tak hilang lagi – selalunya lepas acara majlis kahwin, majlis menziarahi sanak-saudara, teman kenalan rapat. Termasuklah guru yang sudah saya anggap seperti ayahanda itu…)

Habis sahaja cuti perayaan, sibuk dengan urusan kerja termasuklah penyerahan Baucar Buku 1Malaysia.  Saya menguruskan bahagian pameran/ jualan buku. Bersembang dengan tuan kedai yang ramah itu, banyak betul buku yang dibawanya (sempat memborong buku motivasi dengan potongan 20% kerana kasihan tidak banyak sambutan), paling banyak pastilah novel cinta.

Kalau orang bertanya jika anda diberi duit untuk memulakan sebuah perniagaan. Apakah produk perniagaan anda?

Jawapan saya pastilah buku…

Namun perasaan itu agak tercalar bila sang penjual mengkhabarkan ‘jualan paling laris adalah novel cinta’. Keduanya, tiada langsung buku sastera yang dijual tuan empunya.

Memang muda-mudi zaman sekarang lebih gemarkan cerita picisan yang tak banyak gunakan otak.

Saya sendiri, rasanya sudah insaf dan berkira untuk menjual Majalah Mingguan Wanita yang saya beli setahun dua ni kepada pembeli surat khabar lama…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s