Kedai Buku: Satu Pelarian

Posted on Updated on

Buku dan kedai buku adalah dua tempat pelarian yang bagus.

Semalam sewaktu berempat di dalam kereta ke politeknik untuk hi-tea, saya terpandang sesuatu yang membuat lidah tak segan-silu menjerit, “Kedai Buku”!!!

Dan, berita gembiranya, ia adalah Kedai Buku 1Malaysia. Bererti harganya boleh menjadi sehingga RM 6 ringgit lebih murah daripada harga yang ditawar di tempat lain. :)  Keduanya, lokasinya hanya 3 minit berjalan kaki dari PMKu. Memang sangat “maksyuk”.

Buat permulaan saya membeli kira-kira 9 judul.  -Sebuah sudah dihabiskan tadi.🙂

Antaranya adalah Ibu Melayu Mengelilingi Dunia: Dari Rumah ke London, Sebarkan Cinta-Mu, Penulisan Tugasan dan Tesis, Anak Mat Lela Gila, Bidadari Burung, Aku Bercerita, Perempuan Nan Bercinta, Bidadari-bidadari Syurga dan 100 Perkara Kamu Patut Tahu Tentang Kucing & Anak Kucing (senaskhah unuk adik tersayang).

Pasti kedai buku ini akan dikerjakan habis-habisan nanti oleh saya. Memang satu lokasi lepak yang bagus. Sekurang-kurangnya (mungkin) untuk 2 bulan lagi, sebelum saya berpindah.

Dan, untuk pertama kalinya, saya berasa rugi meninggalkan Kuantan…kerana kedai buku nan satu itu.

Jemputlah menjadi teman saya di GoodReads. Invite saya, WardahPuteh, menjadi “pesaing baca buku“.

One thought on “Kedai Buku: Satu Pelarian

    Wahidah Rahim said:
    March 21, 2013 at 8:07 pm

    tqvm

    ________________________________

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s