Rumpai Laut Ungu Berkologen dan Hanyir Sabah

Posted on Updated on

Sekarang saya di pustaka, tepatnya di kampus UIAM.

Nyaman sekali dapat menggunakan internet secara percuma. Jam 4.00 petang, hujung minggu dan saya sekian kalinya bergelumang huruf-huruf. Esok dan sepanjang minggu akan menjadi minggu panjang yang sibuk. Dari pagi ke petang saya akan mengajar Tamadun Islam (subjek yang tiadalah saya yang biasa-biasa ini dapat huraikan dengan panjang lebar), dan tentulah perlukan banyak persediaan.

Dalam pada itu perut menyucuk pedih. Saya terfikir saya telah diserang gastrik selepas kahwin kerana hormon yang berubah mendadak (?), padahal kenyataannya berat badan juga naik mendadak. Sungguh tidak adil…makan banyak masih ditimpa gastrik..harus makan banyak lagikah?  Oh tidak…  -_-“

Tuan suami barangkali sedang berseronok mandi-manda di sebatang kali yang nyaman alirnya…ternyata serangan tentera Sulu tak membejat aktiviti di Kota Kinabalu. Dan saya memang tak sabar-sabar lagi mahu terbang ke sana…menikmati apa yang dirasakan tuan suami…berkenal-kenal dengan si comel putih SBH..atau menggoreng bayam yang ditanamnya. Paling penting, menyusuri pepasir bersama sang kekasih sambil berpaut tangan dipuput bayu Sabah yang udaranya walau hanyir darah, menerbangkan semangat cinta ‘kan negara..

April menjengah tak lama lagi, bererti hanya dua bulan, dengan izin-Nya saya berada di sini. Pastilah saya sudah merangka-rangka persiapan yang perlu, dalam gasakan tugas yang tak menentu..dalam kalut, masih sempat merendam rumpai laut ungu..kologen katanya..kecantikan luar dalam…aduhai, bak kata tuan suami, witir lagi menyemarakkan seri wajah…baiklah.

Senyum.

Menyelak buku ‘Jatuhnya Sebuah Tamadun’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s