Tarian Magunatip, Debat dan Pidato

Posted on Updated on

Alhamdulillah.

Baru sampai dari Kuala Terengganu demi menghadiri Karnival Debat dan Pidato KPT yang diadakan buat julung-julung kalinya. Pengalaman ini sangat indah untuk dikenang sebagai satu peristiwa siknifikan hidup. Pertamanya, dapat berkampung dan berkenal-kenal ramai orang, beramah-mesra. Keduanya, bertemu kenalan yang akrab…Fazilah, Nadiah dan Hafawati.  Ketiganya, dapat belajar cara menghakimi pertandingan debat. Keempatnya, dapat bertemu sang suami tersayang.

Oh, saya juga sebelumnya baru pulang dari Negeri Di Bawah Bayu, menyertai satu program kebudayaan; Tarian Magunatip Malaysia Book Of Records. Memang sangat menarik. Juga ke Monsopiad satu perkampungan etnik di Sabah.

Alhamdulillah.🙂

Jom Jelajah Borneo dan Tarian Magunatip MBOR

Tarian Magunatip ini secara ringkasnya adalah tarian menggunakan buluh. Penari akan menari dengan cara melompat di atas buluh yang digerakkan serentak dengan bunyi muzik latar. Asalnya adalah daripada kaum Murut di Sabah.  Secara peribadinya, saya menyelami ini sebagai satu lagi keunikan etnik di Sabah dan kisah indahnya tentang bagaimana hidup yang harus dilalui bersama-sama pasangan dengan berhati-hati kerana pasti akan tersepit jika ralit. Saya turut mencuba menggunakan buluh untuk menghasilkan irama tarian, ternyata sangat perlukan ketangkasan dan daya yang tak kurang banyaknya.

utusan%20borneo

Kembara ini, selaku Pegawai Kebudayaan MaKEP, menemukan saya dengan kekayaan etnik di Sabah. Malamnya disajikan dengan tatacara perkahwinan etnik di Sabah dan dijamu juga makanannya yang enak-enak belaka (termasuk rumpai laut mentah).  Saya turut ke Perkampungan Budaya Monsopiad; melihat cara hidup Kadazan Dusun yang gemilang dengan “tokoh”nya Monsopiad seorang pahlawan pemenggal kepala. Ya, kisah tentang lelaki yang dianggap berani jika banyak mengumpul kepala manusia, malahan kepala-kepala itu dijadikan hantaran buat gadis yang ingin dipinang.  Kelangsungan hidup mereka, saya fikir, dijayakan dengan sikap kreatif juga, dengan pembuatan sagu, memakan ulat sagu, menghidupkan api cara zaman dahulu, membuat tapai, kepala-kepala atau tengkorak digantung yang dijadikan petunjuk aras kehebatan, kesenian pakaian (maaf, tidak sesuai untuk tatapan selain yang bernama isteri/ suami), rumah yang diukir anyaman dan sebagainya. Turut ditunjukkan kepercayaan-kepercayaan ‘karut’ tentang batu yang telah disimbah darah-darah binatang yang boleh mengusir wabak penyakit di perkampungan tersebut.  Batu itu nampak menggerunkan untuk saya, bukan kerana’magisnya’ tetapi kerana pernah disimbah darah babi. :p

Budaya ini bagi saya menarik untuk diketahui, sebagai cabang fikir manusia, selebihnya dinisbahkan betapa bagusnya Islam mengangkat darjat ketinggian manusia ke tempat seadilnya dengan lebih bermaruah. Benarlah, Malaysia kaya dengan pelbagai kisah unik, yang kadangkala, bagus untuk dijadikan hikmah.

Selebihnya, saya terkesan dengan biru laut Sabah…dan masih terkenang luas nilanya..malang sekali, tidak sempat berjalan menyusuri pantainya dengan suami tersayang kerana terbeban taklifan..yang paling membingungkan akal dan agak menyedihkan, tiada satu pun cenderahati dibeli selain kasut kerana kasutku koyak di sana…  -_-“

Karnival Debat dan Pidato KPT 2013

Habis program di Sabah, terbang laju ke Negeri Penyu pula, yakni Terengganu..tepatnya di Hotel Permai, Kuala Terengganu.🙂

Alhamdulillah, ini dikatakan rezeki, kerana pada saat-saat akhir, sang suami turut terpilih jua ke sini. Pun, disebabkan jadual penerbangan berbeda, saya terbang dulu dan malamnya barulah sang suami tiba bersama-sama ‘anaq-anaq’nya yang comel-comel.

Ya, saya dari Politeknik METrO Kuantan bertembung suami dari Politeknik Kota Kinabalu dan berlawan.

Ketepikan dulu soal ‘berbulan madu rezeki Tuhan untuk pasangan berjauhan’ ini, kerana yang lebih menarik adalah peluang menjadi hakim pertandingan debat.

Nyaris awalnya saya menolak kerna persoalan, “siapalah diri ini untuk menghakimi manusia?”, hehehe, tetapi alhamdulillah, ini benar-benar membuka mata saya. Saya melihat dan memberi markah sebagai juri, namun yang sebenar-benarnya saya mempelajari daripada anak-anak murid sendiri cara perdebatan, menyelami dan banding bezakan antara kaca dan permata, dan yang mana lebih disukai orang. Biasannya, pastilah hidup yang lebih ‘real’, seperti yang kita jalani saban hari.

Bagaimana cara untuk lebih bertenang. Bagaimana cara untuk mengutarakan ide bernas. Bagaimana cara untuk berusaha keras. Bagaimana cara untuk mandiri. Bagaimana cara untuk terus redha dan tawakal…

Walau saya kurang gemar cara pilihan juri, yang ternyata banyak, akan memenangkan orang yang lancar tutur dan gaya tapi kurangnya dalam soal ‘isi minda’.

Pun ini mengajari saya, inilah DUNIA…

536975_10201006979080490_1847389311_n

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s