Suami Mengidam

Posted on Updated on

Salam hujung minggu😀

Selalunya pada hujung minggu saya tidak lekat di rumah. Sibuk dengan ‘travelling’ ke sana sini. Jika tidak berkursus pun, saya akan pulang ke Kedah dan perjalanannya hampir 9 jam. Tak pun ke Gombak, yang memakan masa 4 jam (jika berhenti rehat). Tapi di sini, pekan terdekat 20 km dengan ‘Zeemart’nya dan Nasi Beriani Gam Johor. Seremban, 45 minit perjalanan. Nilai 3 dan Bandar Baru Nilai 20 minit pemanduan. Jelas, saya gemar diam di rumah sahaja.

Rutin harian biasa, pastilah membasuh baju dan mengemas rumah. Alhamdulillah berpuasa pada hari ini pula. Ayam perapan masih tersisa sahur pagi tadi (yang dimasak banyak untuk famili makan dalam perjalanan). Saya bercadang untuk goreng kacang buncis sahaja dengan lobak dan telur sebiji.

Oh..peti sejuk sudah dipenuhi mama dengan macam-macam barang. Alhamdulillah barangkali cukup sepanjang minggu sebelum cik abang pulang. Mintanya macam-macam juga, padahal tak tahu yang dimintanya boleh menggemukkan lagi badan! Tapi saya lagi suka. Hihihi😀

Barangkali akan membuat dua jenis desert. Roti tersisa banyak. Puding roti sudah dimasukkan dalam senarai. Mengidam juga coklat, barangkali kek keju oreo. Lain-lain bergantung kepada apa yang adanya sahaja. Insya’Allah.

P/S: Kalau menjadi akan saya perturunkan di blog ini…Insya’Allah, bahagia suami/ keluarga anda, moga dapat sikit pahala hendaknya. Amin😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s