Resepi Bingka Jagung Mudah

Posted on Updated on

BENGKANG

Suami mencabar saya gunakan dua alat yang saya beli baru-baru ni sempena rasmi rumah baru. Katanya, gunakan  dua alat tu buat sesuatu. Tercabarnyaaa…Alahai.😛

Hari ni tiba-tiba rasa rajin pula nak makan benda manis. Terhasillah bingka jagung yang diilhamkan resepinya oleh mama tersayang.

Saya perturunkan resepi ini kerana penyediaannya sangat mudah. Cuma masa memasaknya ambil masa sikit.😀

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula

2 biji telur ayam

1 cawan susu cair

2 cawan air

secubit garam

1/3 cawan planta @ minyak jagung

1/3 cawan jagung dalam tin

Cara-cara:

1. Panaskan oven 200 °C

2. Sapu mentega pada loyang/ bekas

3. Kisarkan semua bahan (sekejap sahaja)

4. Tuangkan dalam loyang

5. Panaskan 200 °C selama 60 minit

6. Sejukkan seketika dan bolehlah dihidang.

Mudah kan? Cubalah nanti ya.  Mungkin boleh dijadikan juadah sewaktu berbuka.😀

Selamat menyambut Sya’aban. Moga Ramadan sampai pada kita hendaknya. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s