Seadanya

Posted on Updated on

Bismillah.

Hari Jumaat barangkali adalah hari paling girang dan pendek bagi sesetengah orang. Masa pun terasa begitu cepat berlalu. Meski di sini, persekitarannya amat tenang dan sunyi, saya berasa gembira dan seperti adanya. Cukuplah ada buku, internet dan dapur untuk meng’eksperimen’kan sesuatu.  Awal-awal di sini, saya fikir perlukan sebuah TV dan barangkali seekor kucing comel buat peneman, tapi serasanya dua perkara itu tidak penting lagi sekarang.

Alhamdulillah, masyarakat di sini mesra dan meraikan orang-orang kecil seperti saya. Bahkan kadang saya merasakan saya ini yang tidak mesra. Adanya Puteri si tukang sapu yang ceria, adalah kawan untuk berbual sepanjang minggu ini. (Oh, semua yang lain ke PD menghadiri kursus.) Kemudahan pengajaran dan pembelajaran, dari kaca mata kasar saya adalah sangat memuaskan (dengan dua buah mesin fermentor!). Saya pula yang terlebih terujanya. : ) Masakan tidak, mesin itu saya hanya temui semasa praktikal di USM. Seminggu di sini sudah ada taklifan yang diberi. Masih seperti di PMKu namun mungkin  lebih ringan kerana tugasnya menjurus satu-satu tak bercabang-cabang.

Walau kedainya jauh, barangkali ini juga satu rahmat. Saya memasak seadanya dan ‘terpaksa’ mencuba resepi baharu apabila mengidam. Selebihnya saya bedak pada Puteri dan seorang kakak, dibalas mereka serai 3 rumpun buat saya tanam di belakang rumah! : )

Saya pun belajar mengenai pengurusan diri dan rumah sederhana ini. Bilik-biliknya perlu diberi tumpuan kerana selalu benar berdebu. Di tingkat atas bilik paling kecil berjendela luas akan saya jadikan bilik ‘permainan’ saya; yakin sebuah bilik bacaan dan bilik bekerja. Langsirnya nanti saya bayangkan berwarna kuning cair berbunga kecil yang ringan. Di berandanya saya ingin tanam pokok mawar dan tanaman boleh dimakan. Saya impikan pada malam-malam, saat diketuk ilham, bingkas bangun, dan mengetuk kekunci komputer di dalamnya, sambil bercakap-cakap dengan pokok bayam.

Saya membaca The Next BIG Thing bukan kerna tidak bahagia, tetapi untuk terus melangkah. Semua orang ada impian, dan impian saya sebahagiannya masih belum dicapai. Antaranya adalah menyambung sarjana dan pHd. Secara peribadi saya merasakan langkahan ini terlalu lambat, barangkali kerana ramai teman-teman yang sudah berjaya melanjutkan pelajaran. Adakah saya akan tekal di tampuk lama? Walau saya percaya kehidupan juga adalah universiti pendidikan.

Bulan Mei barangkali ada juga satu langkah saya. Mencuba membentangkan kertas kerja semasa FYP saya di hadapan pensyarah politeknik dan kolej komuniti lain. Walau impaknya ada, tapi masih tidak cukup untuk memuaskan hati saya. Benar, demi Tuhan saya ke depan bukan untuk naik pangkat, tetapi KEPUASAN. Malang sekali, semuanya indah khabar dari rupa. Tidak terasa majlis ilmunya.

Lain-lainnya, saya cuba untuk mengikhlaskan diri menulis kembali. Kalau ada buku 1Hari 1 Resepi, saya ingin 1Hari, 1Puisi. Insya’allah. Semuanya kerana guru-guru saya di MPR dulu. Walau pun saya adalah anak murid yang entah apa-apa, saya harap saya ada kekuatan untuk mengatasi masalah TIDAK FOKUS dan MALAS tu. :p

Begitulah, hidup saya yang sederhana…yang kadang-kadang terfikir, masuk syurga ke tidak saya ni. Hmm..

#Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

2 thoughts on “Seadanya

    raehan intisor (raden qurratu'aini) said:
    June 14, 2013 at 3:43 pm

    kakak, jom buat antologi sama2…puisi tu…🙂

    1hari 1puisi

    wardahputeh responded:
    June 14, 2013 at 4:37 pm

    Hehe..boleh! 365 buah puisi. Nak bahagikan ke? JOM DIK.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s