RESEPI & TERAPI MEMASAK

Posted on Updated on

Memasak bukanlah sesuatu yang sukar andai punyai minat. Memasak bahkan bagi saya adalah satu terapi diri. Puas apabila yang dimasak itu dimakan orang.🙂

Resepi-resepi yang saya cuba kebanyakannya daripada mama. Sengaja saya letakkan di blog peribadi ini (meski sangat mudah kerana saya belum mahir memasak) untuk menjadi tanda ingatan buat mama tersayang. Keduanya, supaya saya tidak lupa. Blog ini, sedari menjejak kaki di menara gading, tak pernah gagal mengembalikan memori dan memberi maklumat yang saya perlukan.🙂

Baiklah, saya nak perturunkan 5 resepi paling mudah dan sedap.

1. LEMPENG PISANG

Bahan-bahan:

Pisang 5 biji

Tepung gandung satu cawan

Telur sebiji

Sedikit garam dan gula

Mentega

Cara-cara:

1. Gaul semua bahan kecuali mentega.

2. Biarkan 20 minit

3. Panaskan mentega di atas pan

4. Bentukkan adunan menjadi leper kecil & bulat

5. Balik-balikkan sehingga masak

2. KEK KEJU OAT COKLAT YOGHURT LEBIH

Bahan-bahan:

Mentega

Biskut oat coklat 5 keping

Cream cheese satu bekas kecil

Yoghurt 1/2 bekas besar (yang orang guna untuk masakan lain i.e. kek)

Gula 1/2 cawan

3 sudu kecil gelatin halal

Cara-cara:

1. Tumbuk biskut oat dengan lesung penumbuk. Sedikit serbuk ditinggalkan untuk dicampur dengan adunan keju.

2. Campur biskut oat yang telah ditumbuk halus dengan mentega secukupnya.

3. Tekankan dengn sudu pada dulang pembakar rapat-rapat. Masukkan ke dalam fridge

4. Kacau kesemua bahan termasuk serpihan biskut tadi hingga sebati

(Gelatin dipanaskan dengan air panas dulu)

5. Tuangkan atas lapisan biskut oat tadi. Biarkan sejam sebelum dipotong.

Kek ni sangat senang mencair, kalau rasa lambat sangat beku boleh letak di bahagian atas fridge🙂

3.MEE SAYUR

Bahan-bahan:

Mee kering Muslim (jenama saya tak tahu sebab ni mama beli semasa ada jualan lepas ceramah agama di Kedah)

Sayur sawi bunga

Halia seinci

Bawang merah 3 biji

Bawang putih 2 biji

Lobak merah 1 biji potong dadu

Telur 2 biji

Kulit kayu manis

Minyak masak

Lada hitam 6 biji

Ayam (cabikan)

Cara-cara:

1. Tumbuk bawang-bawang, lada hitam dan halia

2. Panaskan minyak dan goreng bahan yang sudah ditumbuk dengan kulit kayu manis

3.Masukkan lobak dan batang sawi serta ayam

4. Masukkan air secukupnya (jangan banyak sangat) untuk kuah

5. Sementara tu bolehlah rendam mi dengan air panas (celur)

6. Bila sayur dah mendidih masukkan daun sawi.

7. Boleh masukkan mi ke dalam kuah atau hidang berasingan.

8. Tabur bawang kering dan daun sup.

* Untuk sambal kalau suka pedas, guntingkan cili padi kecil-kecil dan campur dengan kicap. SIAP!

4.BUBUR KANJI

Bahan-bahan:

Beras 1 cawan

Halba satu sudu besar

Serai

Lobak merah dipotoong dadu

Cabikan ayam

Lada hitam satu sudu kecil

Bawang putih 3 ulang

Halia 1 inci

Kacang pis

Air 5-8 cawan

Minyak

Kulit kayu manis

Cara-cara:

1. Gorengkan bawang, lada hitam & halia (yang dah ditumbuk) dengan kulit kayu manis. Pakai minyak sedikit sahaja

2. Masukkan beras dan air. Tanakkan hingga mendidih.

3. Masukkan ayam, lobak merah dan kacang pis serta halba.

4.  Perasakan dengan garam. Tunggu hingga masak (dah nampak macam bubur tu tutupla api)😛

5. Hidangkan dengan bawang kering, daun sup dan cili padi yang dipotong nipis.

5. KENTANG GORENG IKAN BILIS SAMBAL

Bahan-bahan:

Kentang sebiji

Ikan bilis besar satu genggam

Cili yang diblend (cili kering yang diblend sekali dengan bawang merah satu biji..selalunya saya ada stok dalam peti ais- buat siap-siap)

Asam jawa

Kulit kayu manis.

Bunga lawang

Gula garam

Bawang merah 2 ulas

Tomato 1 biji (dibelah empat)

Bawang putih 2 ulas

Cara-cara:

1. Goreng kentang yang dihiris nipis macam kipas dan ketepikan.

2. Goreng pula ikan bilis sehingga garing ketepikan.

3. Panaskan minyak dan tumiskan bunga lawang, kulit kayu manis dan sambal sampai pecah minyak.

4. Masukkan ikan bilis dan kentang.

5. Apabila dan mendidih, masukkan tomato dan perasakan dengan gula dan garam.

Nota kaki:

1. Maaf gambar tak sempat ambil. Boleh skrol bawah untuk gambar Mi Sayur. Hihihi😀

2. Lempeng pisang resepi warisan Melayu, kalau di negeri Barat pancake. Sama jee. Nak sedap letakkan je madu atau tuangkan coklat cair. Mabeless

3. Kek keju selamat dijadikan kenduri di opis.  Tips untuk orang bujang (saya tak bujang la kan) yang nak belajar masak tapi takut membazir tak habis makan. Alhamdulillah🙂

4. Bubur kanji sedap dimakan panas-panas. Kalau disejukkan (simpan), cuma tambahkan air panas lagi.

5. Kanji akan menjadi kalau letak air sampai tak diserap lagi airnya, kalau tidak akan jadi macam nasi lembik.

6. Resepi Kentang Goreng Ikan Bilis Sambal boleh dimakan dengan nasi/ roti/ lontong.

7. Resepi diletakkan untuk dicuba sempena Syaaban dan Ramadan al-Mubarak! Jimat belanja makan di luar, lebih selamat penyediaannya sebab kita yang masak dan boleh pilih bahan yang berkhasiat!

SELAMAT MENCUBA!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s