Apabila si B bercakap-cakap…

Posted on Updated on

Apabila si B bercakap-cakap tentang apa perlunya blog peribadi yang memaparkan tentang pengkisahan diri sendiri- yang wajar disimpan rapat-rapat, saya bersetuju hanya 10 peratus sahaja.🙂 Terpulanglah kepada si B jika merasakan ini tidak perlu, kerana setiap orang pastilah tidak boleh dipaksa-paksa mempunyai sikap sama sepertinya.

Blog, atau penulisan di blog, dicuba saya semenjak saya berumur 14 tahun lagi, yakni sudah 12 tahun!Pastinya blog ada sumbangan dalam titik-titik mula saya sebagai seorang penulis (kecil-kecilan).

Blog adalah satu penulisan wajib bagi semua penulis secara amnya, kerana ini adalah catatan yang boleh sahaja memercikkan ide-ide baharu dalam pengkaryaan masing-masing. Lihat sahaja, cerpen saya Cahaya Amanah- pendahuluannya benar, datang daripada salah satu ‘post’ di blog ini! Watak Aminah digambarkan diri saya sendiri, manakala Huda Jameelah – teman larian di trek taman- wataknya benar di dunia nyata.

Blog juga boleh menjadi satu dokumentasi peringatan/ tanda ingatan yang sukar untuk dilupuskan KECUALI penulisnya menekan butang ‘DELETE’ pada setting blog. Jika FB boleh dipadamkan dalam kehidupan sehari-harian selama-lamanya dan menjadi tidak bermakna, blog tidak. Blog boleh dijadikan rujukan pada hal-hal sekecil mana pun…yang penting soalnya blog anda telah membantu orang lain, walhal hanya dalam membuat lempeng pisang.🙂 Biarlah, di belakangnya ada botol minyak Carotena yang disangka kicap, pastilah ada signifikan kepada pengilang minyak masak berkhasiat itu, kan? Hehehe

Blog boleh menjadi identiti seseorang penulis. Misalannya, peminat penyair Rahimidin Zahari pasti mau tahu cara pemikirannya atau aktiviti yang dihadirinya – lalu di’google’kanlah blog peribadi beliau di Perjalanan Salik. Saya sendiri, mengejutkan, pernah dihubungi seorang adik yang menelefon di pejabat, mencari Wardah Puteh katanya. Aduhai, tak sepenting itu si penulis kecilan ini untuk ditemuduga! Jelas, peranan blog sebagai promosi seorang penulis dan karya-karyanya adalah sangat signifikan dan boleh meningkatkan penjualan naskhah yang telah ditukanginya!

Oh, jangan lupa, penulis manusia sosial yang suka diam daripada bercakap meluah isi jiwa & mindanya, sebab itu mereka perlukan medium menulis!

Nota kaki:

Lebih baik daripada menelan daging mentah saudaranya di merata ceruk kampung seperti punya banyak masa, kan?🙂 Alahai, apabila si B bercakap-cakap…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s