Suamiku bukan lagi teman berbeka-beka sambil lewa!

Posted on Updated on

Bismillah.

Deru angin begitu kuat menerjah jendela…Huuuuuu huuuuuu bunyinya. Teringat pula kuliah bersama-sama Sheikh Zainal Asri tentang bunyi angin yang berzikir; Huuu (Hu-a/ Allahu). Hujan melebat di luar, saya sedang merangka-rangka kerja yang harus dilunasi. Sekilas teringat akan barang dapur yang perlu dibeli bagi menyambut Ramadan minggu depan dan jamuan pot-luck Isnin ini.

Menjengah 8 bulan bergelar suri, saya masih menyesuaikan diri bergelar isteri. Bergelar isteri ataupun menggelarkan dia sebagai suami. Satu takahan yang meningkat- yang harus saya perdalami dalam-dalam. Oh, begitu besar dan gah status ‘suami’!

Daripada teman berbeka-beka sambil lewa, sudah tentu ‘suami’ tidak boleh atau seharusnya tidak dijadikan sebegitu lagi. Mengapa begitu ya?

1. Di pundaknya terbeban segala dosa-dosa saya

2. Di kakinya syurga saya

3. Di hidungnya, tangannya, hatinya, naluri lelakinya, pendek kata – redanya adalah keredaan Tuhan!

4. Setiap apa-apa pun yang saya lakukan bagi membuatnya senang, bererti saya makin dekat dengan Tuhan dan syurga-Nya.

Allah. Justeru, dia sewajarnya dilayani sebaik-baiknya. Bukan kerna dia istimewa, atau dia mengangkat darjat isteri ke tempat yang dihormati, atau dia ada wang yang wajib dibagi-bagikan atau padanya ada zuriat yang boleh dibenihkan bagi menemani hari-hari tua. Apatah lagi kerana kekurangannya. BUKAN BUKAN! Tetapi kerana pada tangannya ada kunci syurga…kunci syurga seorang isteri yang dengan sabar melayani seorang suami…

Dengan lembut bicaranya.

Dengan sopan dan senyumnya.

Dengan kental jiwa air matanya.

Isteri…Mencari reda Tuhan di balik keping-keping rapuh hati yang bernama ‘suami’….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s