Anekdot Madinah, benar DIA Maha Mendengar!

Posted on Updated on

Assalamualaikum.

Bismillah. Salam hari minggu. Salam hari ke-11 Ramadan…

Baru sahaja usai membaca naskhah terbaharu Prof. Muhd. Kamil; Anekdot Madinah, Benar DIA Maha Mendengar.

anekdotPenulis bersama-sama isteri beliau; yakni seorang penulis. Dan buku isterinya, Pn. Roza telah saya dapatkan awal-awal lagi.

Subhanallah.

Benar-benar menggamit rindu menziarahi Madinah…Buku berkulit keras ini, diselitkan gambar-gambar di Madinah, banyaknya di dalam Masjidil Nabawi. Terkenang-kenang akan permaidaninya yang indah, terbayang-bayang tiangnya dan rak al-Qur’an yang tersusun, teringat-ingat gerbang pintu masuknya yang gah, ‘payung’ besar automatik yang benar-benar mengagumkan. Dan yang paling terkesan pastilah makam Rasulullah S.A.W di Raudhah…taman syurga di dunia!

Seingat saya, saya belum berkesempatan berpuasa di Madinah (pernah berpuasa di Mekah) saat Ramadan menjelma. Namun ingatannya sipi-sipi, barangkali kerana masih kecil lagi. Namun saya masih ingat bagaimana saprah dibentangkan di Masjidil Nabawi, manusia menjadi amat pemurah (pernah diberi dua bekas jus buahan dan makanan). Tiada bazaar semeriah di tanah air, namun berderetan orang berjualan buahan dan laban. Terasa lagi aroma kopi qahwah dan teh nak-nak yang dituang secara sukarela oleh orang yang mahu mendapat pahala. Kadang disua tamar dan halwa, kadang secawan zam-zam penghilang dahaga selepas berpuasa.

Orang-orang di Madinah, pada pandangan mata saya, lebih halus sifatnya daripada penduduk Mekah. Barangkali kerana hadirnya jasad Rasulullah; yakni manusia paling baik akhlaknya, akhlaknya akhlak al-Qur’an! Aroma udaranya manis, dan juga meraikan sifat suka bersedekah.

Allahuakbar.

Bagaimana saya boleh terlupa bahawa antara orang-orang yang dijanjikan istana di syurga, adalah orang yang suka memberi makan kepada orang lain? Bahkan denagn memberi jamuan seikhlas hati itulah, yang boleh memanjangkan usia dan memurahkan rezeki.

Ramadan ini, saya mendesak hati dan tangan supaya tak lokek memberi.

“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.”

(Riwayat Tirmizi)

Kerana Rasulullah S.A.W ketika tibanya Ramadan, kemurahan hatinya bagaikan daun-daun kering yang disapa angin kencang…

Udara Ramadan sangat damai sedamai-damainya. Meski tiada ayah ibu, bahkan suami di sisi. Inilah barangkali kerana mukjizat Ramadan. Dia datang sebagai teman peringatan.

Allahu’akbar.

“Orang yang menjadikan agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia, maka pada hari (kiamat) ini, Kami lupakan mereka, sebagaimana mereka lupakan pertemuan mereka hari ini, dan mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami.”

(surah al-A’raf: 51)

Ya Allah, kami memohon ampun atas segala kelalaian kami di sebalik arus dunia yang menggila, kami alpa apabila tidak diuji, kami lupa apabila senang. Dekatkanlah kami kepada Ramadan, Madrasah Iman. Permudahkan amalan kami dan bantulahkan kami dalam memperbanyak amalan, ikhlas kerna-Mu ya Rabbul Izzati… Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s