Ramadan di Kampung Halaman

Posted on Updated on

Bismillah.

Alhamdulillah, saya di kampung halaman sekarang. Setepatnya di teratak sakinah abah dan mama.

Desir angin malam-malam Ramadan begitu nyaman. Kadang-kadang terbaulah akan ingatan masa lalu…tentang bagaimana seorang ‘aku’ yang kecil menginjak dewasa bermain-main di dalam laman ini; yakni laman di bawah penjagaan abah dan mama tercinta.

Seingat saya, mama jarang benar mengizinkan kami membeli juadah berbuka di bazaar Ramadan. Sedangkan bazaarnya hampir dengan taman perumahan kami. Kadang kami singgah juga di Taman Nuri, kadang di Souq Bukhari. Jiran-jiran ada juga memberi juadah, kami bertukar hidangan, terasa begitu menyenangkan. Abah, kadang berbuka bersama-sama di rumah, kadang di surau, namun selepas solat di surau hadapan rumah, abah akan pulang berehat sebentar dan makan berat, sebelum menunaikan insya’ berjemaah. Kalau ada pisang yang lebih dari kebun, atau sebiji cempedak, abah akan menyuruh mama atau saya menggorengnya untuk jemaah di surau. Mama pula kalau membuat agar-agar atau kuih-muih, kadang akan melebihkan sedikit untuk dibawa abah…

Selalu benar, sayalah yang paling ‘ular sawa’ selepas berbuka. Kami menunaikan solat maghrib, dan ke surau untuk berterawih. Imam terawih dijemput khas dari maahad/ pondok tahfiz. Abah, pada penghujungnya akan menjemput mereka (selalu berdua) ke rumah untuk minum-minum sebelum menghantar pulang. Dan sayalah tukang membasuh pinggan yang gatal-gatal mencuri dengar perbualan…

Jika tidak ke surau, mama akan mengajak saya ke Masjid al-Bukhari, yang hanya 15 minit dari rumah. Selalu benar saya hampir pitam tak sempat menghabiskan solat terawih, atau kalau tidak pun terpaksa duduk bersolat sebelum tumbang (hypoglycemia). Bacaan imamnya lebih lunak dan menusuk jiwa saya yang kosong hingga terasa begitu menikam. Kadang dada terasa begitu sakit, hingga tak terdaya menahan limpah air mata daripada merembes. Masakan saya dapat lupakan harum wangi yang berkembang persih; bunga Harum Malam yang mendereti laluannya, kerna di situ jugalah saya diijab kabulkan dengan Tuan ‘Penawar Rawan’.🙂

Dinihari, saya mendengar cebokan air basuhan- tanda mama dan abah bangun malam. Bau bawang berdesir disambar panas minyak,mama memasak. Sahur dengan mata memberat, telur mata ditaruh kicap sudah cukup berselera. Siangnya, kami bertadarus al-Qur’an. Selalu saya ditahan kerna membaca terlalu cepat sampai lintang-pukang. Mama tegas asuhannya, bayangkan 2 juzuk sehari harus dihabiskan sehari! Sayalah, si ‘ular sawa’ yang menersukan bacaan dengan linang air mata…

Begitulah, Ramadan memang terasa kemuliaannya jika diawasi oleh mama dan abah. Sekarang saya sudah dewasa, dan kini diawasi pula oleh Tuan ‘Penawar Rawan’…

Ya Tuhan, dekatkanlah dan permudahkan lah akan kami merangkul kemuliaan Ramadan…Aminnn..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s