Ramadan, Syawal apa ertinya?

Posted on Updated on

Assalamualaikum

Salam Syawal

Rasanya masih belum terlambat untuk saya dan sekeluarga mengucapkan salam Aidilfitri kepada semua pembaca blog. Jika yang membacanya adalah guru-guru, dengan penuh takzim dan hormat, saya ingin memohon  kemaafan dan terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dahulu. Jika yang membacanya sanak-saudara, terima kasih kerana selalu membantu. Jika yang membacanya kenalan, salam rindu dari jauh, maaf zahir batin. Dan jika membacanya pernah membenci diriku, kuredha segala kelakuanmu dan memaafkan mu selalu. Jika yang membacanya orang asing, yang tak pernah bertemu wajah: salam saudara seislam, ini bulan meraikan kemenangan, moga malaikat mengaminkan segala impimu.

Syawal menjelma dengan pelbagai undangan. Baik undangan kad wangi (yakni majlis perkahwinan) atau majlis jamuan hari raya. Menghadiri jemputan dan undangan kenduri kahwin adalah fardu ain, iaitu wajib ke atas setiap individu yang diundang. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim bermaksud:

“Apabila seorang daripada kamu diundang menghadiri kenduri kahwin, maka hendaklah dia menghadirinya.”

Imam Muslim juga meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: “Seburuk-buruk makanan (hidangan) ialah hidangan walimah (kenduri) yang dijemput orang kaya sahaja, sedangkan orang miskin tidak dijemput. Dan sesiapa tidak memenuhi jemputan (undangan), maka dia menderhakai Allah dan Rasul-Nya.”

Dengan beberapa keringanan, yakni:

Pertama: Yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam.

Kedua: Orang yang dijemput adalah me-nyeluruh tanpa mengira bulu atau kedudukan, yakni tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin.

Ketiga: Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus kepada setiap orang bukan secara umum, sama ada dengan cara menemuinya, melalui kad jemputan atau melantik wakil untuk menjemputnya. Sekiranya jemputan dibuat secara umum seperti berkata atau membuat iklan menjemput penduduk sesuatu tempat itu ke majlis itu, maka tidak wajib menghadiri jemputan berkenaan.

Keempat: Pada lahirnya segala perbelanjaan untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal.

Kelima: Tidak terdapat di majlis itu orang yang menyakiti orang yang dijemput.

Keenam: Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari menari yang haram.

Ketujuh: Tidak ada jemputan yang lebih awal daripada itu.

Kelapan: Tiada sebarang keuzuran yang menghalangnya hadir.

Tahniah diucapkan kepada yang baharu melangsungkan perkahwinan, semoga kekal hingga ke Jannah.🙂

Ramadan

Ramadan berlalu dengan begitu pantas. Sepantas desir angin yang selalu menyelinap masuk jendela rumah kecil saya dengan bunyi kuat dan lenyap selepas sesaat. Perbedaannya begitu ketara. Manusia kelihatan lebih tenang semasa Ramadan, selepasnya begitu mudah menyirap darah. Kata-kata tidak baik begitu lancar seperti peluru. Karakter kadang berubah 360 darjah. Astaghfirullah al’azim, ya Tuhan aku berlindung dengan kekuasaan-Mu, jauhkan mazmumah dariku, permudahkan ibadahku hingga Ramadan akan datang.

Muhasabah kembali diri di sepanjang Ramadan, ia bukanlah hanya satu bulan utuk beribadah, tetapi ia hanya pembersihan jiwa, supaya sedar akan hakikat kejadian diri. Penting untuk diingat, ibadat yang tip-top di bulan Ramadan, mestilah bermula selepas Ramadan lagi sebelum Ramadan akan datang. Bererti pada Syawal ini harus mendisiplinkan diri…Bagi yang bekerja seperti saya, penat bekerja pasti mengheret sehingga lupa akan amalan-amalan sunat seperti solat sunat qabliah dan ba’diah, membac Al-Qur’an (satu juz sehari), solat dhuha,solat awal waktu, bersedekah, sabar, puasa Isnin Khamis, puasa 6 dan sebagainya. Justeru, mujahadah sebenar datangnya pada selepas Ramadan. Yakni di waktu manusia kembali kepada putaran asal tanpa kemeriahan dan dorongan (baca: kemeriahan beribadat ketara di bulan Ramadan).

Bertanya pada diri, benarkah antara yang layak menerima kemenangan seusai Ramadan? Semoga kita berjumpa lagi Ramadan akan datang. Amin

Salam Lebaran.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s