Apa khabar malam? (Setelah lama tidak bermesra)

Posted on

Bismillah

Sedang menikmati roti bakar disapu kaya dan segelas kopi Misai Kucing di meja belajar.

Angin malam menyapa dan aku memandang wajahku sendiri terbias di jendela. Hmm..apa khabar malam?

Malam – kini sepi tanpa Ramadan, barangkali.

Malam ini malam yang tenang. Selalu benar, malam-malam Ahad sebegini- tidur seawal 9 malam, dan bangun seawal 3 pagi menyiapkan tugasan yang tak disiapkan.

Hujung minggu hujung berlibur kata sesetengah orang. Bagiku pula, hujung minggu hujung bersama-sama famili. Tanggungjawab yang tak wajar diduakan. Adalah nombor satu bagi yang bergelar isteri. Kan? Justeru, pembahagian masa yang terancang amat penting.

Ahh…bercakap memang senang, padahal diri cenderung bermalas-malasan hingga loceng amaran berdering nyaring.

Hujung minggu selalu dikejar, mengejar, ada saja yang diisikan. Jika suami pulang, mestilah ke rumah mertua. Sekali dua ke Kedah. Jika tidak, program memanjang. Sudahnya, separuh hari hujung minggu (seperti hari ini), terasa begitu nikmat jika dapat istirehat, mengemas stor buku-buku yang sudah hampir 3 bulan ditinggal begitu saja, atau pun paling ringkas – melipat kain. Dan, terakhir sekali (yng ingin sangat dilakukan setiap hari) memanjat tangga ke bilik sederhana namun nyaman ini.

Begitulah, dunia mengejar sehingga bayang-bayang sendiri pun tidak terperasankan.

Pengurusan masa dan wang, bagi ku kini adalah dua misi utama yang harus di’jinak’kan. Aku membaca “The Next Big Thing” sebulan yang lalu. Aku membaca tentang “Ke Manakah Wang Anda?” dan  “Bijak Mengurus Wang”. Aku membaca “The 8th Habit From Effectiveness to Greatness” selepas “The 7th Habits of Highly Effective People”. Aku membaca “First Things First”, “Life Beyond The Comfort Zone” dan “Who Moved My Cheese?”, serta menyelak juga helaian “Brilliant NLP: What The Most Successful People Know, Do and Say”. Ada banyak lagi mendereti rak buku ku; “So Smart But…How Intelligent People Lose Credibility and How The Can Get It Back”, “The Magic of Thinking BIG”, “The Power of NOW”, “Start Where You Are” dan Celik Mata dan Jiwa.

(Menarik nafas panjang….)

Selepas semuanya, aku membuat kesimpulan klise, “semuanya atas diri sendiri.”

Bagaimana dan sejauh mana kemahuan diri, dalam erti kata yang lain. Dan keduanya, sejauh mana diri ‘enjoy’ dengan pekerjaan yang sedang dilakukan. Ketiga, kesempurnaan solat (fokus dan awal waktu).

Begitulah… se’teoritikal’ mana pun pastilah tidak ke mana jika tidak praktikal….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s