La taisu min rauhillah

Posted on Updated on

kopi

Bismillah.

Malam ini malam yang tenang. Ipoh White Coffee dengan kacang hazel masih berasap di atas meja.

Saya ditemani si radio kecil, putih warnanya. Alhamdulillah. Bolehlah mendengar ikim.fm. Biarlah juga nanti rumah kecil ini dihiasi alunan Al-Qur’an selalu, sekerap mungkin, insya’Allah.🙂

Mana mungkin saya terlupa pesan abah dan mama, rumah yang tenang dengan alunan Al-Qur’an ada di dalamnya rumahtangga yang tenang juga. Dan kesepian atau kesunyian tidak akan dapat digantikan dengan penyelesaian masalah berunsurkan dunia. Dalam keluhan, saya menyesali akan kekhilafan diri. Terlalu alpa dan leka, terkejar-kejar nafsu untuk ‘istirehat’ fizikal sahaja. Istirehat rohaniah jarang benar dapat dilakukan – secara istiqomah.

Hari Raya Aidiladha akan menjelma tidak lama lagi. Ibadah korban tahun ini? Kepada yang mampu barangkali boleh membuat ibadah ini melalui Syarikat Al-Ameen – Ibadah Korban Kemboja. Insya’Allah percuma senaskhah buku Kimono Ungu karya Rabecca Ilham. Klik sini: http://www.korbanaqiqah.com.my/secure/korbanaqiqah/borang.php?program=Korban&step=1

November ini bermulalah peperiksaan besar yang akan dihadapi adinda; yakni SPM. Insya’Allah, sesiapa pun akan berjaya jika ada mahu dan percaya diri, disulam tawakal dan takwa pada Allah. Terkenang sewaktu SPM dahulu, terkenang sewaktu abah melihat keputusannya, kejutan dan bahagia. Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Pada yang berusaha akan ada hasilnya, insya’Allah. Cuma pesan saya pada adinda dan adik-adik di luar sana, yang bakal menghadapi SPM- kudrat dan hasil – sebenarnya kepunyaan Allah. Daya menyelak lembaran kertas, daya menggerak pensel menulis jawapan, daya memadam bahkan daya bernafas sewaktu di bangku dewan- kepunyaan Allah. Tipsnya mudah, pohonlah dari Allah untuk membuat apa-apa pun. Jika ada yang meminta bantuan jangan lokek atau mendesah kesuntukan masa, kerana di saat kau begitu memerlukan, kesusahan dan ada yang meminta bantuan- inilah waktunya kau bertawassul meminta bantuan Tuhan. Percayalah, kejayaan bukan kerana usaha sahaja, tetapi datang dari takdir, ketetapan dan bantuan Allah.

Percayalah sesiapa yang membantu agama Allah, pasti akan dibantu Allah.

Selamat menduduki SPM dengan tenang.🙂 La taisu min rauhillah…(Jangan berputus asa dengan rahmat Allah)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s