Keping-keping cerita

Posted on

Bismillah

Masih di pejabat. Jam 8.00 malam. Langit luar mendung. Kalau dahulu, di Kuantan, paling saya suka, memandang langitnya yang ditaburi bintang dari jendela pejabat. Kini, seluas-luas pandangan, yang nampak hanyalah dataran dibayangi deretan sawit.

Alhamdulillah. Markah pelajar sudah dilunaskan tadi ke dalam sistem. Bermakna hari-hari selepas ini, bolehlah saya menumpukan pada proses penutupan fail pengajaran dan tugasan sampingan. Dan novel – jika diizinkan Tuhan- jemputlah menyertainya sama-sama (baca: Sayembara Sains Fiksyen 2013).

Tidak terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha, rasanya. Semoga ibadah korban diterima Allah S.W.T. Bagi tetamu Allah, semoga mendapat haji mabrur. Dan, ya Tuhan, izinkan kami pula ke sana pada tahun-tahun mendatang.

Mengenang kisah nabi Ibrahim. Terkenang tentang Hajar yang ditinggalkan sang suami. Apalah sangat, ditinggal-tinggal suami seperti yang dirasakan kini. Jauhnya hanya 2.5 jam. Ditinggalnya di rumah lengkap keperluan. Dihubungi saban waktu. Pun, masih tersayat rindu? Berkeluh-kesah meratapi nasib? Tuhan, kau berikan takdir Hajar dan Ibrahim untuk dikenang-kenang kami- yang berjauhan dengan suami. Supaya meladeni Ibrahim yang bergantung harap pada penjagaan Tuhan terhadap kekasih hatinya. Kau berikan tauladan seperti Hajar yang reda atas ketentuan, tekal dan sabar sifatnya.

Rumah kecil di tengah kota

6779384001_cc0eb04ee0_z

Esok, rumah kecil ini akan saya kunjungi…insya’Allah.

Ironinya selepas hampir 5 tahun. Dari pandangan seorang remaja. Di atas bangunan Dewan Bahasa Pustaka. Rumah ini sudah lama ingin dikunjungi, namun tak sampai-sampai. Moga-moga dipermudahkanlah esok.

 

Selembar surat berbau buku

itbm

Suratnya sampai. Alhamdulillah. Moga-moga dipermudah…Nantikan anakanda sulung saya, insya’Allah Februari ini. Judulnya?

Biarlah rahsia dulu…:) Tapi pastinya genre puisi.

 

2 thoughts on “Keping-keping cerita

    ruru said:
    October 27, 2013 at 4:32 pm

    salam saudari,

    boleh saya tahu bagaimana prosedur atau proses penerbitan buku dengan ITBM?
    jika saudari tidak keberatan, sudikah berkongsi pengalaman itu dengan saya?
    terima kasih.

    wardahputeh responded:
    October 28, 2013 at 2:00 pm

    Waalaikumusalam sdr Ruru

    sdr boleh menghantar manuskrip saudari ke buku@itbm.com.my atau hubungi ITBM di talian 03-4145 1800.

    Jika diterima, sdr akan dihubungi editor dari ITBM.

    Semoga berjaya.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s