Wacana Ilmu dan Sayembara

Posted on Updated on

Bismillah.

Alhamdulillah. Pada hari Sabtu yang lalu sampai juga saya di satu majlis Wacana Ilmu: Kembara Minda dan  Jiwa. Saya ditemani Tuan Suami yang baru pulang lewat (malam sebelumnya) dan walau pun demam selsema, sanggup memandu (dan tersesat), demi menghadiri acara sastera tersebut. Terima kasih duhai suami tersayang…

1385920_10152769198703306_905384602_n

Di dewan inilah, namanya Balai Ilmu, IPG Kampus Raja Melewar Seremban, sebanyak 3 buah naskhah diperkatakan oleh S.N. Muhammad Hj Salleh dan Prof Dr. Nor Faridah Abdul Manaf; yakni Kuasa Kata: Dari Lisan Mengalir ke Lautan Aksara (Mahaya Mohd. Yassin), Kembara Sastera Nisah Haron: United Kingdom dan Dublin (Nisah Haron) dan Ibu Melayu Mengelilingi Dunia: Dari Rumah ke London (Tan Sri Aishah Ghani).

Diperkatakan tentang autobiografi, biografi dan catatan travelog (genre yang hangat tika ini). Secara peribadi, beberapa travelog rencam tujuan telah saya tekuni. Bagai cendawan selepas hujan, travelog memang satu genre yang menarik bagi yang suka mengembara. Kedua-dua buah buku yang dibincangkan telah saya baca dan ulas di Goodreads. Baca:

https://www.goodreads.com/book/show/13627518-kembara-sastera-nisah-haron?from_search=true

https://www.goodreads.com/book/show/17348213-ibu-melayu-mengelilingi-dunia?ac=1

Buku “Kuasa Kata” merupakan finalis Kategori Buku Popular dalam Anugerah Buku PNM-RTM 2013. Sementara buku “Kembara Sastera Nisah Haron” pula finalis dalam kategori yang sama dan juga Kategori Bukan Fiksyen (Terbitan Kerajaan).

Memang banyak yang dibincangkan di wacana ini. Dan sesiapa yang mahu kertas kerjanya; untuk dilihat-lihat boleh jika mahu pinjam.

Sayembara Novel Fiksyen Sains dan Teknologi UTM-Kumpulan Utusan 2013

Jujur, saya menyertai sayembara kerana ia bagaikan satu ‘push factor’ yang mendesak bagai api hangat. Terasa lebih bersemangat jika mendapat tahu sayembara ini disertai oleh orang-orang hebat. Jika kalah tidak mengapa, kerana karya itu pasti ada nilai, walau pun sedikit. Seperti penyertaan saya dalam sayembara puisi baru -baru ini, walau pun tidak menang, akan diterbitkan. Rujuk keratan:

19_2_13_BH_538_karya_layak_sertai_Sayembara_ITBM-BH-PENA

“Like” laman khusus Sayembara ini di: https://www.facebook.com/SayembaraUTMUtusan?ref=ts&fref=ts
untuk perkembangan terkini. Di sini saya sertakan pautan-pautan laman web sains untuk rujukan atau percambahan idea novel yang mungkin boleh membantu:

http://www.theguardian.com/environment

http://www.majalahsains.com/

http://www.wfs.org/futurist

http://www.nature.com/

http://www.popsci.com/

http://www.wfs.org/futurist

Untuk orang-orang yang cinta akan bahasa atau sastera, dan berada di dalam ALIRAN SAINS, nah inilah tempatnya yang cocok buat anda. Kerana anda seharusnya lebih maklum dan menguasai bidang ini. Olahkan ilmu yang anda telah pelajari menjadi sastera bermanfaat yang indah untuk dinikmati.

Selamat mencuba dan berjaya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s