Jom Bercuti!

Posted on Updated on

MYVI

Bismillah.

Hari ini hari Jumaat, 11 Muharram.

Semalam Hari Asyura dan alhamdulillah, hari lahir saya jatuh pada 9 Muharram membuatkan saya lebih peka akan kedatangan 10 Muharram (Hari Asyura); hari yang sunat berpuasa dan Allah janjikan pengampunan dosa-dosa, insya’Allah.

Sekarang pelajar tengah cuti. Tapi pensyarah tak cuti. Cuti hanyalah 25 hari setahun. Jadi kenalaah rancang baik-baik. Al-maklum saya banyak ‘rumah’, satu kat Nilai, satu kat Kota Kinabalu, satu dekat Alor Star dan satu lagi Gombak. Dulu lagilah pusing satu Malaya (Kuantan). -_-”

Masa pelajar cuti nilah pensyarah sibuk nak kemaskan apa-apa yang patut, buat soalan (untuk semester depan), nota etc. Dan dalam selit-selit tu nak juga bercuti (dan menghabiskan cuti yang tersisa huhu).

Jadi, sebelum bercuti, kenalah selesaikan apa-apa yang patut. Kerja yang penting-penting dan libatkan orang lain. Lepas tu bolehlah bercuti dengan agak tenang.

Saya dan suami dah pilih satu tempat ni, taklah jauh sangat huhuhu…Sebab musababnya adalah ada kupon kat Group On murah. Lama pulak tak duduk hotel berdua. Dulu masa di Kuantan selalu seret beg besar-besar gi merata-rata hotel kat Kuantan. Sampai boleh buat review hotel bajet yang paling best kat Kuantan -_-”  Tapi, tak lah bercuti la sangat, sebab hari minggu (2 hari) je pergi disebabkan suami nak kena settlekan hal-hal keluarga (yang menggembirakan yeay!!) dalam masa terdekat ni. ^___^

Nak tahu ke mana kami? Jeng jeng jeng..nantikan episod seterusnya.

Nak campak Nyome Can kat mana ye? Hrm…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s