Bulan Madu dan Muzium Lukut

Posted on Updated on

??????????

Bismillah

Perkahwinan; keindahannya kadang pada penemuan sesuatu yang menarik pada pasangan.

Sesuatu yang tidak saya jangkakan pada suami, adalah minatnya pada sejarah. Malah tempat kunjungan yang paling disenanginya; muzium. Justeru, jika kami ke mana-mana pun, pasti akan singgah di tapak-tapak yang bersejarah. Dan barangkali, minatnya ini menyatu dengan minat saya dalam penulisan, bahasa & sejarah; dua elemen yang berkait rapat. Ada jati diri di situ. Dan minatnya pastilah perlu disokong seperti mana sokongannya pada minat saya. Insya’Allah.

??????????

Hujung minggu yang baru berlalu, saya telah menempah bilik sederhana di Port Dickson dengan kupon Group On. Hotel yang bernama Waterfront Boutique Hotel itu terletak di kawasan yang baharu, agakan saya, kerana laut masih ditambak.

DSCN1895

Destinasi kami di sekitar Port Dickson, dan muziumnya adalah Muzium Lukut.

Landskap kawasan muzium yang sangat cantik.

??????????

Pada asalnya kawasan ini merupakan sebuah kota dan kubu pertahanan. Tinggalan kota ini boleh dilihat di dalam muzium, manakala sisa-sisa kota ada di atas bukit. Tuan suami, yang saya jangkakan tidak akan memanjat tangga untuk melihat kubu tersebut, mengajak juga menapak ke atas. Ternyata jangkaan saya meleset dan sungguh silap. Ish ish ish…

??????????

Penat. Ingat tak penat. Beg tangan saya, dia yang beria nak galas. Tiada unsur pembulian @ ugutan @ ‘take for granted’.

????????????????????

Saya pun terpaksa memimpin tangan tuan suami yang kelelahan.

Di atas Bukit Raja.

??????????

Sisa-sisa kota yang runtuh.

??????????

??????????

??????????DSCN2118

Di atas bukit, bandar kecil Lukut kelihatan. Bekas-bekas kubu dapat dilihat; parit yang digali dalam dan perigi beracun. Kota, yang gemilang kerana bijih ini, rupanya dibina oleh banduan.

DSCN2112

Kejatuhan kota ini dikatakan disebabkan pemerintahnya yang gagal mentadbir dengan baik. Ada juga sebab lain, kisah tragik bersifat perkauman…

??????????

Sememangnya, untuk mendirikan sesebuah kota memang sukar, tapi untuk meruntuhkannya adalah mudah. Mudah sekali jika kita terleka dengan kesenangan yang ada.

??????????

Sayangilah negara kita dengan menghargai sejarahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s