Kedai Buku Sinaran

Posted on Updated on

Bismillah

Hujung minggu sebegini, tiada yang lebih enak, daripada bersenang-senang di rumah. Lebih-lebih lagi pada perayaan ulangtahun perkahwinan yang pertama.🙂

Pun, dek kerana mendapat tahu ada sebuah kedai buku baharu daripada kak Nisah Haron, dicampak sahaja perasaan itu ke tepi. Kedainya berdekatan sahaja yakni di Seremban 2.

Pukul 9.00 pagi, saya sudah tercegat di Tesco Extra Seremban.

Rupanya saya silap, mujur sambil membeli Cool Blog perisa cuppucino, ringan mulut bertanya. Memang kedainya bukan di situ (seperti yang diingat-ingat saya; ada satu sahaja kedai buku mini di tingkat 1). Kedainya di Pasaraya Rapid, Taman Oakland.

Konsep kedainya memang menarik amat!

Ada bangku seperti bangku di kantin sekolah, disusun menghadap pentas kecil yang dialas rumput plastik menghijau. Dengan latar pokok-pokok. Siapa yang tak teruja?!

Bangku yang dibiar sebegitu dijadikan pengunjung tempat membaca sambil menimbang-nimbang yang mana satu nak dibeli. Anak-anak (bangsa cina kebanyakannya) duduk membaca sambil bergurau senda. Ada si anak kecil diajar ibunya di atas hamparan karpet rumput.

Malahan ada juga pertandingan mereka cipta topeng! Mujur umur saya sudah melepasi takah 20 tahun. :p

??????????

Dan ada juga sebuah kafe kecil di sudut kedai. Kopinya memikat. Barangkali akan dicuba dengan tuan suami nanti. Insya’ALLAH.🙂

??????????

***

??????????

Jemput tinjau-tinjau tudung Paisley murah di Wardah Puteh Online Shopping🙂

Ada promosi sempena ulang tahun perkahwinan dan penghujung tahun tepat 12.00 malam ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s