Eksperimental

Posted on Updated on

Bismillah.

Di penghujung minggu sebegini, saya menyambutnya dengan sederhana.

Ke toko buku di Seremban. Ke Mydin Mall yang katanya terbesar di Malaysia. Mengepos tempahan tudung. Pagi Ahad, menikmati pagi dengan pasar basahnya. Bergusti dengan kucing belaan. Mencuci baju. Merapikan mimpi-mimpi.

Insya’Allah buku kumpulan puisi akan diterbitkan dalam masa yang terdekat.

Saya tak dapat mengusir rasa gundah bimbang kalau-kalau tidak mendapat sambutan. Dicuba saya menjual tudung, konon untuk ‘test market’ dan ambil tahu selok-belok pemasaran; memang payah membina nama. Jikalau ada pun, bagaimana mahu menarik minat golongan yang tidak menggauli puisi. Kononnya sastera terlalu elit untuk dibaca-hadam.

Adakah ada orang yang ingin membaca dan meladeni puisi-puisi saya nanti?

Persoalan ini mengepung benak sehingga terasa diketawakan tuan editor apabila menyoal, “saya kena jual puisi saya sendiri kan?”

Ahh…jual tudung cuma eksperimen. Kalau melaan arus, ada lagi yang melawan arus bersama-sama.

Sepertinya memaksa seekor merak bertukar menjadi kancil yang licik.

Eskapisme. Eksperimental.

Nota kaki:

1. Utusan hari ini ada menyiarkan rencana yang bagus berjudul ‘Memasyarakatkan sains dan teknologi’ tulisan Torek Sulong, berkisar Bengkel Fiksyen Sains dan Teknologi.

2.Bengkel terakhir (rasanya) akan diadakan pada 21 Disember inidi UTM KL!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s