Tentang masa

Posted on

Bismillah.

Lama tak menulis di sini. Seiring usia bertambah semakin banyak hal-hal yang biasa menggembirakan menjadi hal-hal biasa. Dan hal-hal lain yang tak pernah menjentik hidup menjadi fokus. Usia menginjak dua puluh tujuh tahun, terasa betapa kerjaya menghambat sehingga kelelahan. Apabila senggang pula dihabiskan untuk beristirehat.

Dalam kelelahan mengejar dunia, telah terbukti hati akan menjadi lemah jika niat asalnya bukan kerana Allah. Begitu juga tentang hal-hal lain, semisal perkahwinan. Badai sedahsyat mana pun , hati tersayat sebagai mana pun, akan dapat dipujuk jika mengingati Allah.

Kepada anak didik saya mengingatkan tentang mengoptimumkan masa 24 jam seharian. Oh sedangkan saya tahu sukar untuk terus-terusan berkerja kuat. Ada bahagiannya untuk istirehat, ada bahagian untuk bersama keluarga dan sebahagian yang lain barangkali untuk kegemaran peribadi (memasak, membaca atau menulis). Tidak salah mensasarkan paling tinggi, supaya jika jatuh, tidaklah di tahap paling rendah. Dan saya menyedari hal berkait kerajinan ini sebenarnya akan diistiqamahkan jika ada bahagian masa di dalam 24 jam itu peruntukan khas tiada kompromi beribadah kepada Allah…

Moga-moga Tuhan menolong untuk senantiasa berbuat sesuatu yang terindah di mata-Nya. Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s