Puisi Dalam Diri Wardah Puteh

Posted on Updated on

image

image

Bismillah.

Alhamdulillah. Anak sulung yakni sejumlah puisi yang ditukangi saya sedari usia belasan tahun sehingga dua puluh enam tahun kini berada di tangan.

Puisi-puisi ini adalah luahan jiwa saya yang kadang dipagut pilu dan kadang dilambung bahagia.

Pada prakatanya ada ditulis sosok-sosok yang menemani dan acapkali menyalakan api dalam diri. Kobaran yang kadang malap akan menyala apinya kerana nama-nama inilah. Jazakallah.

Terdapat sejumlah 34 buah puisi yang pada mulanya dihantar saya untuk menyertai Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH. Pun, walau kalah, sudi diterbitkan juga. Ini adalah penghormatan secara peribadi, kerana boleh dibilang orang-orang yang mengenali Wardah Puteh (sebagai penulis).

Debu di Mataku, puisi yang menjadi judul buku adalah puisi yang terilham pada tahun akhir di UIAM Kuantan. Masih diingat saya, malam itu, bulan mengambang begitu kuning dan saya dalam perjalanan ke Kuliyyah. Menyambung kerja. Debuan berterbangan dan melukakan mata. Begitu juga hati. Dan saya menyedari tiada yang lebih bagus daripada mengucap syukur dan kembali memohon bantuan Tuhan.

Begitu mudah. Puisi saya begitu mudah.

Saya bukanlah penyair atau penulis dalam erti kata yang sebenar. Kerana penyair dan penulis adalah insan prolifik, tekal dan berbisa dalam dunia kepengarangan. Naskhah ini tiadalah wajar dibanding beza dengam kumpulan puisi persendirian yang lain, kerana saya hanya penulis biasa-biasa; yang melorek patah kata dengan hati.

Dan naskhah ini tiadalah lain hasratnya, selain untuk dihadiahkan kepada insan-insan yang saya kasihi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s