Posted on Updated on

Bismillah.

Alhamdulillah Kumpulan Puisi pertama sudah di pasaran. Debu Di Mataku judulnya.

Puisi genre yang saya maklum adalah genre yang jarang ditekuni masyarakat. Lebih-lebih lagi jika puisinya ‘puisi kabur’. Pun bagi yang cinta akan sastera, puisi diangkat sebagai genre ‘elit’ bererti di tangga teratas. Dan pastilah puisi yang dimaksudkan membawa erti, pemikiran dengan lenggok bahasa terindah. Padat. Tepat. Langsung dari hati.

Proses penulisan puisi ini bukanlah suatu proses yang sekejap. Panjang perjalanannya. Berterusan. Samada dari pembacaan buku -buku bermutu bahasanya, bengkel-bengkel yang dikendalikan guru berpengalaman (e.g. Minggu Penulis Remaja DBP), grup online yang mengumpulkan teman-teman berbakat (e.g. Grup Karyawan Luar Negara) dan dari hati yang berbahasa dengan tulus.

Puisi sebagaimanakah yang dicintai pembacanya, adalah persoalan yang begitu rumit untuk dijawab…pun dalam lenggok puisi indah, yang betul-betul boleh menyentuh nubari seseorang adalah, pada hemat saya, puisi yang teruncur laju tanpa sekatan dari penulis. Penulis itu kemudiannya hanya perlu memperindah pada patah-patah kata tertentu. Puisi sebegini mudah dihadam, ada unsur magis dan selalu dikenang-kenangkan.

Permulaan sesebuah puisi barangkali kerana desakan; seperti beberapa buah puisi yang terkandung di dalam Debu Di Mataku. Proses penulisan ini dilakukan saya selepas pulang bekerja (Politeknik METrO Kuantan) di kafe UIAM Kuantan hingga remang senja demi mencukupkan 30 buah puisi (syarat penyertaan Sayembara Penulisan ITBM-PENA-BH). Kerana desakan ini saya menulis 3 buah puisi sehari dengan teknik ‘pembiasan’ yakni dengan mengambil inspirasi dari pembacaan puisi-puisi lain.

Kedua, proses penulisan puisi jua boleh jadi terhasil dari proses rasa-tulis-peram-perindah. Rasa ini adalah sesaat perasaan yang tidak boleh ditangguh-tangguh. Perlu ditulis segera. Luncuran nubari paling tulus. Proses pengeraman puisi-puisi di dalam Debu Di Mataku (majoriti 80%) mengambil masa yang panjang. Semuanya ditulis sedari usia belasan menghampiri 20-an hinggalah ke takah usia 26 tahun. Proses memperindah pula dilakukan bersempena sayembara ini.

Serasa-rasanya puisi terbaik saya adalah selepas MPR. Hasil tunjuk ajar guru puisi Rahimidin Zahari dan Shamsudin Othman. Puisi saya tidaklah bagus sepanjang berkursus kerana selalu sahaja dicantas guru. Saya terus sahaja menulis sehingga karya terbit secara konsisten pada satu bulan di Mingguan Malaysia. Pada saat itu saya mulai selesa dan menggemari akan puisi romantis berbaur magis.

Pun, saya bukanlah penulis prolifik…dan tentunya ini adalah bukan ciri penulis yang baik.

Moga Debu Di Mataku bukan naskhah terakhir Wardah Puteh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s