Buku, buku dan buku!

Posted on Updated on

Bismillah.

Lama rasanya tidak menulis di sini. Tidaklah sesibuk mana pun. Cuma sekarang semua pensyarah sedang bertungkus-lumus memeriksa skrip-skrip jawapan peperiksaan akhir. Kerja-kerja sampingan. Kursus dan mesyuarat yang harus dihadiri. Oh perkara biasa.

Pesta Buku Antarabangsa kini datang lagi. Teringat pada pesta tahun lepas, berlarian saya ke PWTC dalam kesuntukan masa mengejar bas pulang ke Kuantan. Dalam kelam-kabut menaiki tren Alhamdulillah banyak juga buku yang berjaya ditangkap di booth ITBM. Dan dapatlah saya menyertai pertandingan ke London itu dengan menyenaraikan beberapa cadangan. Gagal. Menyertai pertandingan ulas buku juga, lagi-lagilah gagal. Tak mengapa. Saya fikir ini salah satu sisi manis pesta buku. Keraian bagi pencinta buku.

logo

Pesta kali ini, dengan izin-Nya, buku sulung saya, turut menyertainya bersama-sama. Kumpulan Puisi Debu di Mataku judulnya. Pastilah dengan potongan harga yang menarik. Saya pula tak sabar-sabar mahu memborong buku-buku orang lain, lagi-lagi bila diberikan potongan 50% oleh ITBM. Rasaya boleh pengsan Encik Muhammad Ahmad Kamal. Sudah ada beberapa buah buku yang terbayang-bayang di mata. Insya’Allah kunjungan saya akan berganda kali ini. Pertama, Selasa ini dengan rakan sepejabat lain (demi misi mencari buku Bioteknologi) dan kedua, pastinya insya’Allah dengan orang yang boleh jadi akan pengsan tu. Hehehe.

1012561_352538151551688_61485548_n

Tinggal 2 buah lagi di tangan saya.

1922462_357695067702663_525191422_n

Penggemar bilik bermain saya

1901853_357693787702791_698306117_n

Perlu sebuah rak lagi

1932446_357693554369481_147712179_n

 

Bilik bermain berbau melur ini, sekarang hanya digunapakai demi melunaskan kerja-kerja tertunggak pejabat. Oh saya sungguh rindu menukil satu dua puisi lagi. Dan paling penting ‘menghabiskan’ novel sci-fi yang tak lama lagi tutup tarikh penyertaannya.

Adakah saya mampu menghabiskannya?

Saya berharap…

Bengkel sudah dihadiri. Buku-buku sudah dibeli. Buku pemenang sayembara sekali gambarnya pun sudah ada.

936564_330401683765335_1107712851_n 1003791_330401793765324_928728746_n1520721_330359740436196_2077404268_n1461133_330372120434958_1437633566_n1480631_330372767101560_932949870_n

1525022_330308350441335_689571259_n

Nampak gaya buat malu je kalau tak hantar manuskrip kalau macam ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s