Sibuk

Posted on Updated on

Sifat manusia suka berbantah-bantah. Menegakkan benang yang basah.

9 Muharram berlalu lagi. Dua tujuh tahun dahulu, pada duha damai, aku lahir ke dunia.

image

Pada usia kecilku alangkah beruntungnya, jiwa yang putih dan tulus memandang manusia. Untungnya aku.. kalau pergaduhan sekecil manapun, atau dosa sebesar manapun, barangkali diampunkan Tuhan kerna aku si kecil yang tidak boleh berfikir lagi secara rasional.

Hidup tenang dibelai ibu dan ayah. Hidup senang diberikan apa yang ada.

Bibirku yang comel itu pastilah tidak mengomel seperti sekarang. Apa adanya pasti cukup. Kalau sibuk bermain, menjadi fitrah tidak berlawanan. Kini sibukku pada dunia menjadi ‘fitrah’ yang aku reka sendiri.

Aku ghairah menilai kecantikan seperti manusia lain; yang memandang seseorang pada baju yang mahal, pada wajah jelita tampan, kereta hebat dan telefon bimbit paling terkini. Kini nilai manusia ada pada lilitan tudungnya yang paling vogue, baju sendat dan kebolehan bersosial yang hebat.

Aku lupa tentang takwa, ibadah dan solatku, apatah lagi pada ikhlas seorang hamba yang akan kubawa mengadap Tuhan.

Aku lupa caranya untuk ber’sosial’ dengan Tuhan.

Aku terlampau sibuk mengekor dan mengejar sampai lelah akan kebiasaan pada zaman ini. Padahal, maut sedang mengintipku kian dekat.

Dua puluh tujuh tahun usiaku. Derafnya kian mencerun jatuh.

Sibuk berfikir tentang artis, harusku tukar menjadi sibuk berfikir tentang berapa muka alquran harus kuhabiskan.

Sibuk berfikir salah orang dan mengutuknya depan belakang, harusku ganti dengan sibuk mencuri waktu solat malam.

Sibuk menyimpan dendam, harusku fikir apa caranya terus-terusan bersedekah.

Sibuk berfikir si A dengan tudung lilit paling vogue dan si B si bawal kampungnya dia, akan kutukar dengan sibuk menghafaz ayat menyucikan jiwa.

Bolehkah aku, setelah dua puluh tujuh tahun, kembali sibuk mencari Tuhan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s