Pesan pada diri

Posted on

Bismillah.

Beberapa bulan yang lalu, tiba-tiba terasa teringin menjahit.

Sebetulnya belajar menjahit.

Pengetahuan saya pada seni jahitan atau kemahiran ini sangatlah terhad kerana telah dirakam pada minda bahawa menjahit adalah susah sedari di awal sekolah menengah.

Keinginan ini semakin membuak apabila tiba hari raya, atau mahu menempah baju untuk dijahit. Mahal upahnya. Sekali ganda harga kain. Disebabkan faktor ini lebih ramai memilih untuk membeli. Ada pro dan kontranya, tapi pada hakikatnya kemahiran menjahit adalah satu keperluan pada zaman ini.

Bayangkan jika isi rumah ada 6 orang. Sepasang kain buat jahitan kurung 4 meter boleh didapati dalam harga RM 40 (kebiasaan mutu baik) upah jahitan kurung di sini (Bandar Enstek/ Nilai) RM 60. Harganya RM 100. Jika pandai menjahit kos boleh dikurangkan RM 60! Jika 6 pasang? RM 360.

Tolak soal boleh membeli kurung siap dengan harga RM 50 sepasang. Potongannya mungkin tidak memenuhi citarasa. Coraknya juga.

Jika dilihat dari sudut perniagaan, menjahit boleh mengurangkan kos upah jahit. Malahan boleh memulakan perniagaan kelas jahitan.

image

Mesin jahit Brother. Tak tahu kenapa bukan Sister :p

image

Kain-kain yang dibeli nampak macam banyaaak jee.:/

image

Tote bag. Boleh diisi telekung. Saya isi barang jahitan.

image

Sarung bantal. Kebetulan sama corak dengan langsir.

Hobi dan kemahiran kita semakin disisih dari hari ke hari. Kalau pun bukan kerana dihambat kesibukan, yang sejujurnya adalah kerana terlalu leka dengan hiburan. Facebook, instagram dan twitter… alangkah baik kalau dapat mengisi waktu dengan pelbagai perkara yang bermanfaat. Apatah lagi kalau perkara yang menyenangkan seisi rumah dan Allah.

Pesan pada diri…

4 thoughts on “Pesan pada diri

    daengsayu said:
    November 11, 2014 at 6:37 pm

    Betul sekali, bisa menjahit akan sangat membantu keuangan keluarga, selain itu, kita juga bisa mengasah kemampuan berkreasi🙂.

    ainunlmuaiyanah said:
    January 8, 2015 at 1:09 am

    Ini salah satu cita-cita saya yang masih tinggal cita-cita sahaja🙂 Cantiknya bantal itu🙂

    wardahputeh responded:
    January 19, 2015 at 6:34 am

    Terima kasih Ainunl sudi menyinggah di sini🙂

    Biasa-biasa aja bantal tu, jahitan tak kemas pun. Hehe

    wardahputeh responded:
    January 19, 2015 at 6:35 am

    Terima kasih sis🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s