Fixi dan Selfie: Perakam Zaman Kini?

Posted on Updated on

Bismillah.

Dalam setahun ini, ada beberapa acara sastera/ seni yang saya hadiri.  Antaranya Baca Puisi PENA, Borak Buku, Sidang Kemuncak Penulis Malaysia, dan yang terbaharu Forum Bersama Editor-Penulis.  Kalau berkelapangan, selalunya jika Tuan Suami ada, saya akan penuhi jemputan dengan rasa bahagia.  Dapat melihat dan mengkoreksi peribadi penulis dan anak seni, selalu membuat saya berfikir dan terhibur. Uniknya mereka dalam keanehan asli yang melimpah-ruah.

Selain memerhati dan menjadi pemerhati kaku yang hanya diam- sesekali melemparkan senyuman, banyak ilmu dan pemikiran yang dapat saya tekuni.

936564_330401683765335_1107712851_n

Dalam Forum Bersama Editor-Penulis, saya meladeni pula sosok bernama Sri Rahayu Mohd Yusop. Terus-terang saya bukanlah peminat tegar karyanya, namun maklum benar, tulisannya selalu memenangi pelbagai anugerah sastera.

Seorang guru bahasa Inggeris yang mahir menulis karya Melayu.  Beliau berpendidikan di Sekolah Tun Fatimah, sekolah elitis di Johor dan kemudian menyambung pengajian di New Zealand.

Yang menarik dalam perkongsiannya, adalah tentang pembahagian masanya dalam berkarya.  Sudah beranak-pinak dan bekerjaya tapi profilik berkarya; pastinya beliau hebat mengurus masa dan rumahtangga. Ujurnya, beliau tak pernah mengunci diri dan mengehadkan masanya dengan anak-anak kerana karya.Rahsianya satu sahaja,meletakkan noktah besar pada gajet apatah lagi media sosial seperti twitter, facebook dan instagram.  Bahan bacanya, bukan karya terbaharu yang berada di pasaran, tetapi ensiklopedia, jurnal dan artikel ilmiah. 

Saya kira ini betul. Sangat betul.

Dan penekanan beliau akan hal ini bagi saya sangat bijak. Beliau berhati pendidik.  Melihat anak-anak muda yang terbentang di hadapannya, membuatkan beliau berkongsi buah fikir yang akan membuat anak-anak ini mulai mencari identiti yang kukuh dan jati diri yang teguh.

Dengan lambakan novel fixi dan ‘selfie’, pastinya kita perlukan sosok tubuh yang mencerminkan intelek tinggi yang menyibukkan diri pada hal yang penting-penting sahaja.

Itulah sebenarnya, ‘keanehan asli yang melimpah-ruah’ seorang penulis…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s